27 July 2009

Kembali

Hah!!!Ingt Blind Sorang bley buat I'm back bawak lestik??
hEH!! Gua kembali...bawak story-story yang lebih sakit jiwa!lebih tarik daripada biasa!

Semenjak pemergian gua dalam arena rapikan blog sendiri-sendiri neh, gua sebenarnya bukan kering idea mahupun takde mood nak tulis, cuma gua terpaksa berkorban untuk bangsa dan negara. Biasalah, gua kan Batman. Walaupun gua Batman, Ustaz Amirul tetap menjadi pojaan!

Awal bulan ni, gua terpaksa ligat otak menyiapkan tender yang menyusahkan. Dalam banyak-banyak tender penah gua melibatkan diri, yang ni paling leceh. Ngade2 macam budak kecik mintak mainan. Gua rasa anak sedara gua pon tak sengade tender neh.. Tapi apa-apa pon, gua bertindak bijak. Bagi tender yang menyusahkan dan takder allowance pon kalau dapat job neh, awal-awal lagi gua quote harga macam haram. Kerja 10 hari, gua quote 600 ribu. Bos gua bukan nak kata apa pon, dia hepi je tengok duit besar-besar neh. Padahal, gua dah atur stratergi utk "TAK NAK" job neh. Hahaha..Padan Muka!!!!Smoga tak dapat!!!

Minggu berikutnya, gua pegi Melaka. Pegi ayat Client supaya dapat project kat sana. Nak tak nak, gua terpaksa meng"ayat" jugak. Ekceli, tak terpaksa pon..pasal..Job neh gua nak!! Ikut lah celah mane pon; gua nak jugak job neh!!!Project Besar; Allowance pon chantekk; Job pon kejap je!!Yang penting...lepas insurance+road tax mr. anderson gua bln 10 neh. Amcam? stratergi gua boley bawak perang tak?
Hah!!Tapi; bila gua quote harga lebih kurang; bos gua bising. PONG PANG PONG PANG berleter.Eh ape daa...job tak sampai 1o hari nak quote sampai 1 mil. Gila??Gua lawan-lawan secara halus...last-last dia agreed ngan price gua. HAHAHAHA!!!Itu pon gua dak make up sket dah. Senyap-senyap gua tepon Client gua, gua cakap harga bley nego punye. Heehehe~mati la kalau bos gua find out neh.

Minggu ke berikutnya, Gua ke KERTEH. Bukan jumpa Blind. Rumah dia pon gua tak tahu kat celah mane. Yang gua tengok, Plant je banyak..Hohoho. Ape rumah lu celah PPT ke?ehehe.....
Sambung crite. Gua pegi masuk project gua handle sebelum nih. Ala, kat kilang plastik tengik tue. Kali ni, gua jadik Batman. gua kerja 8.00 mlm sampai 8.00 pg. Memang waktu kerja batman. Sminggu jugak lah gua jadik Batman. Kesan dari jadik batman..sampai skarang gua terbangun pukul 3 pagi.

Ari senin minggu neh, gua cuti. Gua pagi-pagi tue tak sehat. Tapi selepas topek ajak makan McD; gua sehat macam badang. Petang tue, gua shopping barang-barang keperluan. seperti kasut sexy, suar sexy, boxer sexy, hahahaa. Apahal sexy? Eh..suka hati gua la. ehehe..Gua ingat nak upload picture..tapi tak nak lah!!nanti korang bising tak sexy plak. Cess~

Esok gua ada appointment ngan si gadis cantik kat acrylic. Hahahaha~Tolong lah percaya.

12 July 2009

Mintak Maaf

Sorry. Tersangat Busy. Mungkin Pak Jib pon jeles tengok kebusyan saya.
Babai

30 June 2009

Saya Pergi California in Summer

Tajuk kencheng lagi...err..tak tak...lebey kepada perumpamaan!!

Apahal lah panas sangat Melaka nih. Apa dalam tanah di melaka ni penuh dengan Bijik Timah ke?Dah macam desert in california dah. Kalau dessert OK gak. ceS!!Ces!!CES!! Bulan lepas gua ke Melaka. Tanpa memikirkan masa depan dan poket yang semakin kempis, bermulalah cerita KAMI.

Hari jumaat malam, gua, Wiwie dan Si Emo siap-siap packing barang terus bertolak. Belum sampai gambang, dah lapar bagai nak gila. Masing-masing perut main lagu metalicca "Enter Sandman". Dalam otak nasi goreng terngiang-ngiang. Jalan depan sikit, teringat kedai makan hujung minggu time ngaji kat UMP dulu. Kedai Shell geng-geng ni panggil. Pasalnya, kedai tu sebelah Shell(ni budak UMP tahu la. Kalau tak tahu, boleh da slow-slow berhenti blaja kat UMP).

Nasib baik kedai makan tue sebelah Shell! Kalau kedai makan sebelah tandas awam, ader possibility x ianya dipanggil Kedai Makan Tandas Awam??
..............................................

Berbalik pada cerita, selepas makan perjalanan diteruskan ke Muar. Tempat persinggahan dan rumah penginapan percuma. Terima Kasih akak Wiwie. Tidak ada cerita seram mahupun lucu berlaku di sepanjang perjalanan. Tidak kelihatan Nenek Tua yang ingin menumpang ataupun Orang gila berbogel tidur di tepi jalan.

Sabtu, selepas breakfast..kami bersiap menuju ke Alor Gajah. Destinasi pertama:-A famosa Waterworld.


Owh..lupe nak promote. Ini kereta Wiwie. Kereta dia Laju dan Jimat Minyak.
Ok. da promote. Sambung balik citer A famosa. Ah, pastue macam biasa lah. Beratur beli tiket...Usha-usha awek..tarik belalai gajah..dan lain-lain.


Selepas registration, pigi main air lah.


Sila rujuk gambar beranak panah utk melihat aktivit kami.

Main air macam orang afrika tak jumpe air. Habis semua gua rasa. Dari Slider yang free fall tue sampai kolam adik-adik blaja berenang.

So..untuk next visitor yang interested nak gi tempat ni; gua suggest y'all try ini lah:-
1. Free fall slider and his twin
2.Rafting
3.Sewa pelampung kuning tue, pi main slider yg macam rafting
4.Slider adik-adik.
5. Ngorat awek

Eh..no 5 tue buang lah bagi pasangan kapel2 yang datang nak ber"wet-wet".

Cost for entrance: Rm 40+ free lunch.
Yellow boat: RM15 kot. can't remember.
Important: Buy snacks and drinks b4 u enter A-famosa Waterworld. It's 'f to da ing' expensive. Buy outside!!

Rating for this trip
1:Poor 2: Boley lah 3: Ok 4: Nice lah.. 5: Mabelos

Cost for entrance: 3
Yellow boat: 4
Games: 5
No. of playground: 3
Foods: 1
Snacks&Drink: 1
Hot babes: 4

28 June 2009

Sementara ia MASEH donut

Di zaman kegawatan ekonomi ini, semua orang sanggup membuat apa saja untuk mengecapi nasi sepinggan, seluar jean LEVI, dan lain-lain. Termasuklah gua. Merasa tempias kegawatan ekonomi dari aspek enjoy-enjoy setiap bulan serta simpanan untuk majlis perkahwinan.

Hari ini, gua terfikir...apa kata gua tukarkan hobi blogging rapikan gua ini menjadi sesuatu yang menjana duit sampingan. RM 50 sebulan pon dah orait....!!

Survey di sini,

Memandangkan blog gua pon dah namanya DONUT, apa kata gua jual DONUT je guna blog ini?Apa cerita?Boley jalan tak korang rasa?Ada can dapat RM 50 sebulan tak?

24 June 2009

Bau Ketiak Awak Sangat Sedap

Baru-baru ini, ada seorang awek tegur gua.

"Hye awak!!Saya........................."(perbualan dirahsiakan atas sebab-sebab peribadi)

Tiba tiba, dia tanya gua;

"Awak, kenapa bau ketiak awak sangat sedap?Opps, maksud saya..Awak wangi lah!!"

Gua dengan selamba reply;

"Saya mandi bunga lah awak!"

Awek itu tiba-tiba terus pergi..meninggalkanku sendiri. Gua ada salah cakap ke?Lupakan aje lah.
Ape-ape pun, hari ini gua nak share lah kenapa gua wangi. Bukan sebab mandi bunga, bukan sebab kentut gua wangi. Ini entry gua nak cerita gua wangi pasal pakai minyak wangi.

More likely, to share with everyone where can I get less price perfume which actually the same as you can bought from perfume outlet nearby your house. It is not rejected, also it is not a fake one which you can get easily in Pasar Malam or FOS.It is originally come in box, smells good and most imporant is..pay less!

Reason? The seller said to me; she's the owner of Paris Hilton's perfume factory. And Carolina Herrera is her auntie. Hugo is under her leverage. Body Shop perfume is her mistake creation. I don't know. As long as I can get a perfume that i want with lower price, I OK je.

Here's the updated list. Antara yang ada kat dia skarang.





Price: RM155 nett#
Brand: BVLGARI Black















Price: RM 165 nett#
Brand: ESCADA Sentiment

















Price: RM130 nett
Brand:KENZO Flower

















Price: RM 165 nett#
Brand: DNKY Red Delecious Man

















Price: 170 nett#
Brand: Hugo Boss 6
















Barang siapa mahu, contact lah gua.
Emailkan hasrat anda di amiagdperson@yahoo.com.

16 June 2009

Cerita Gua Sebagai Opis Boy

Sebelum masuk matrix dulu, gua ada keje dulu. Buat part time jadik opis boy,peon, dan telephonist yang berjaya kat law firm in Temerloh. Apa nama firm tue eh? Ah...Zainul Rizal Taha Associate. Lebey kurang lah. Panjang gilak nama. Masa 1st day kerja, bos gua saja suruh test jadik telephonist.

"Selamat Pagi! Zainul Rizal Taha Associate...Boley saya bantu?"

Mak aih! Panjang gile nama kompeni!!Terbelit2 lidah gua macam 1st time sebut perkataan "antidistablishmentarianism".
Bos gua sengeh2 je. Dalam otak dia, confirm gua kene taji sikit2! "Beginner!!"
Tapi gua cool lah. Tak kot. Gua gelabah ekceli. Cilaka~Padahal panggilan telefon je.

Antara rutin gua kat firm tu adalah tukang buat surat rasmi,pakar photostate...ha!!
Gua dulu buta mesin photostate. First time gua sentuh mende alah tue time gua keje kat law firm ni lah. Slaloo gua photostate..gua serahkan aja ke awek kedai Bandar Pusat. Pandai-pandai lah dia. Gila dungu mesin photostate punya crita...

"Kak..macam mana nak photostate nih?"
"Ha...Ko baca Bismillah..jadik lah!"jawab akak kerani di situ.
"Bismillahirrahmanirrahim....Amin...Tak jadik pon kak!!"
------------------------------------

Selepas 3 hari kerja, bos gua ajak pekena roti canai ngan teh ais. Masa makan tue, bos gua ajak bincang pasal gaji. Gua time tue 1st job kan. Memang gua tak memilih.
"Ikut bos lah..saya terima seadanya". Ayat gua pasrah lagi suci.

Bos gua pon cakap,
"Ok, saya bagi awak rm27/day. keje 8.30 pagi till 5 petang. 5 hari full day. Sabtu half day. "

"OK boss!!"gua sengih panjang time tue. Kerja rilex. Pressure tadak. Oh..ada!!Photostate..gua kan dungu part-part photostate ni. Sampai skarang gua sangkut-sangkut je bile nak photostate IC. Thermodynamic lagi senang. Apahal ntah!

Masa kerja tue, gua stay kat umah Akak gua. Kenderaan gua pergi kerja:-SCOOTER.
Masa tahun 2004, skuter time tue memang tengah top. Asal nampak mat skuter jer..ramai la awek yang feeewitt. Gua pon tak ketinggalan di feewit. Biaselah..tengah kurus lagi. Hensem lah. sikiiiiit je dari skarang.huhu~
Padahal time tue skuter yang gua naik bukan mengancam abes pon. Kesnya, gua bantai skuter naza Abg ipar gua. Biase la skuter abah-abah...mesti ada lemari helmet kat belakang ngan alarm bank. Oh,tak lupa juga..ader remote starter. Yang nie canggih. Gua siap setat moto dari jauh. Kalau ade awek usha-usha skuter tue, gua bunyikkan alarm dia. Padan muka!! Gelabah~

Selama kerja part time tue, sempat la gua kumpul duit buat lesen moto-kete, blanje family akak gua pizza sebab bagi gua kemudahan penginapan,PS2, dan VCD sebakul.

Itu la cerita gua time tue. By the way..Ada soklan sikit kat sini.
Kenapa Mat Dispatch dipanggil Peon? Adakah Dispatch paling handal di Malaysia ini namanya Peon? Dari dulu gua try carik answer tentang persoalan ini

15 June 2009

Polis Tentry dan Kisah Kenapa Polis boley la pulak tak pakai Safety Belt

Bagi laki-laki, pempuan, tomboy, bapuk, gay dan lesbian yang sebaya, tua dan muda 2-3 tahun dari gua, Lu orang mesti masih hafal lagu "polis tentry".

Bagi badigol yang dah lupa. Ini lagu dia.
"Polis tentry, one two jaga.
Polis mati, pencuri jaga"
Betul ke lagu dia macam ni? Confirm?
Ke sepatutnya lagu dia macam neh?

"Polis Sentry, One two jaga.
"Polis mati, pencuri jaga"
Bagi lu orang yang menyanyi sedemikian sewaktu kecil, masih belum terlambat utk membetulkan anak-anak, adik-adik dan juga mungkin cucu-cucu lu orang.
Bak kata pepatah; "terlajak perahu boley diundur, terlajak kata dah takder gear reverse oi..sorry la jack!!"

Sepemergian gua baru-baru nih dalam acara cuti sambil belajar, gua da dapat tunjuk ajar dari seorang pengamal lagu-lagu klasik dan tradisional kanak-kanak dan dangdut melayu.
Berkatalah beliau dalam satu cerita di kala petang;

"Korang time kecik-kecik selalu merosakkan lagu klasik kanak-kanak. Modified sane, modified sini, tukar lirik, tambah perkataan yang tak masuk akal, dll."
Panjang gile membebel. Gua da rase getar tangan nak sepak.

"Kalau korang nak tahu, lagu polis sentry tue macam ni!", kata pengamal itu.
"Polis and Thief
One Two..Jaga!!
Polis Mati
Pencuri Jaga!"
Gua pelik jugak.
Time tue gua tak puas hati lah. Dah gua dulu ketua kelas yang selalu mengajar rakan-rakan menyanyi lagu tu. Tercabarlah krediabiliti gua.

"Tapi kenapa? Awat dia jadik Polis and Thief bang?" ujarku.

"Cube ko fikir, kalau polis tentry..dah confirm2 tentry tue takder dalam kamus b. Inggeris. Kalau sentry tu ader lah. Tapi taderk kaitan langsung dengan lagu!", jawab pengamal itu.

"Bukan dah betul ke polis sentry tu bang?" tanyaku.

"Salah! Manada polis sentry mati! Diorang asek tido aje!",!balasnya.

"Abes tue, baik kita tukar lagu tue macam ni bang!"jawabku.
"Polis Sentry
One Two JAGA!!
Polis Tido
Pencuri Jaga"
"Ikut suka hati kau lah!!Tapi yang betulnya adalah polis and thief", jawab pengamal sambil geram.

Sekian. Gua pon dah blur mane satu yang betul skarang nih.

p/s: Kenapa Polis boley tak pakai Seat Belt?

Jawapannya: Kerana ada dalam law book yang mengatakan diorang tak payah pon pakai. So jgn buat otai lah kalau ada kereta polis kat sebelah lu buat nganjing2 tarik-tarik safety belt. Sia-sia je usaha korang.

Terima Kasih Daun Keladi. Lain hari jumpa lagi.