28 April 2009

K E M A N A M E N G H I L A N G

Hye All. Lame tak buat karangan. Tak bersawang pon lagi..tengok Adi pnye blog. Tikus siap buat summer camp. Lipas macam mat rempit kat dataran merdeka; sesiput pon dah bertambah populasi seperti di Cina.

K E M A N A s a y a M E N G H I L A N G?

Biasalah; conflikasi kerja. Takkan la masalah peribadi ataupun rumah tangga.
Rumah Saya ok je. Tangga masih kukuh. Peribadi pon ok. Saya kan berperibadi mulia.

April 2009; saya ditugaskan menjaga EDC Hydrolysis Unit. 2 butir semuanya. Disebabkan 2 butir inilah VCMSB telah kerugian sebanyak RM 10 million secara kasarnya. Wah, banyaknya..kalau lah saya ade 10 million, saya dah beli ferrari..ferroro roche..feri..facebook....Eh; ader can ke?

Berbalik kepada 2 butir itu ataupon lebih dikenali sebagai VDU F 1401 A/B with TLX E 1401 A/B/C/D; (wah!!semakin pening you all nampaknya..tue la; len kali blaja fizik rajen2;k?)
mereka telah sedih disebabkan penggunaan isian tinggi oleh pasukan operasi====>translation:

"these units has been upset due to high load usage by the operation team"

Lebih mudah difahami;kan? Tapi masih saya tak cintakan English. Mungkin sebab itu saya tak dapat Band 6 masa MUET kot. Lagi 5 point je nak 6. huhuhu~

Selama 2 minggu saya berada di sana. Dari 13-25 April 2009. Penat. Kadang-kadang saya terpaksa kerja siang dan malam sampai Petronas Shutdown Manager tegur saya;

"kau ni robot ke?"

Saya pon balas;

"Jika ku seorang robot...Nombor-Nombor adalah darahku..Besi logam dagingku.."


Tapi yang menyakitkan adalah demam+batuk+selsema+penat+hilang tune suara semasa project. Sampai sekarang;
Suara masih ter"tune" menjadi suara Daughtry. No more Anuar Zain's voice. (Demm!!)
Tapi,Batuk semakin beransur...Selsema dah hilang...demam pon dah OK.

Terimalah kasih kepada orang yang menasihatkan saya supaya jaga kesihatan.




09 April 2009

Siti Nurhaliza keTue?

Bile dah terasa lapar ataupon memang malas nak keluar breakfast; Kedai PAS yang jual nasi lemak dan roti canai di Chengal Lempong memang pilihan. Oh..saya bukan peminat politik mahupon pengkritik, tapi saya tak tahu ape nama kedai tu. Apa yang saya tahu, kedai tu jual Harakah dan orang di situ selalu bersembang pasal politik. Orang PAS lah kan?No offense.
On da way ke tempat kerja, singgah la sebentar. Ramai betul orang. Semua kelihatan lapar. Kunyahan tegar tidak kira Laki or Perempuan. Gurauan kecil dari si isteri-isteri juga turut kelihatan. Anak-anak di pinggiran tak dihiraukan.Hmm...Romantik plak kedai PAS nih.

Tapi yang menjadi pertanyaan di sini; Apahal ramai sangat orang hari nih?

Fikir punya fikir; akhirnya saya confirm ini jawapan yang paling bernas.

"Malam Jumaat; bila bangun tidur..mesti lapar lah. Brape kilo calori dinyahtinjakan;kan?"


Entry kali ini tak ada kaitan lagi. Otak saya tak dapat fikir title yang sepatutnya digunakan. Alasan: saya cukup fark dengan DDT Manager Singapore. Tak nak cerita lebih. Saya tak suka share work problem dengan orang lebih-lebih. Nanti orang cakap saya tak berdedikasi dan banyak cakap.

Si Adiil Sengal telah bagi award senget kat saya. Adil ke?Adil ke Adil?
Dia suruh saya collect..tapi saya tak senget..kenapa saya kena?Adil ke Adil?
Nak buat macam mana;saya dah tahu ape jawapan dia;
"Adil tak adil..ko gi hambek!!"



Blog saya halal dan menggiurkan tau!!Bukan Senget!!huHu~


Kejap yeh...aku bagi kat kau lagi kejam!!

Bagi nama-nama di bawah Sila daftarkan diri anda di rumah berikut.

1Adil-bilik bibik
2.Fadhli-bilik tuan rumah
3.Kecil-bilik bini ke-2
4.Kay-bilik tukang kebun
5.Hazirah-bilik air
6.Bell-bilik semayang


Ye..rumah orang hutan.

Orait..pi check-in bilik-bilik korang. Sila-sila.















08 April 2009

Entry Untuk Jah

Saya YM ngan JAH hari neh.

Donut: "Jah, ader idea untuk new entry blog aku tak?"

Jah: "Ko letak cartridge aku"

Donut: "Hmm...mane gambo?"

Jah: "Ko amek dalam skype"




Saya pon tak paham kenapa entry ini dihasilkan. Jah...tolong jawab. Ape gune menatang cartridge neh. Peliss...


06 April 2009

I firmly Agreed with All Her Rejects...


"You are not Malay if you not Lazy
You are not Chinese if you not Cheat
You are not Indian if you not drunk "

You are who you want to BE!


because what I know;

"You are lazy if you want so
You are cheating if you do so
You are drunk if you get so"

Neither of you classified as Melayu, or Cina or India.
We are all MALAYSIAN-lah!



02 April 2009

Kambing Hitam di Dalam Kelas


Ini bukan gambar 30 Jahanam macam dalam cerita 6 jahanam. Mati sorang pangkah kepale. Orait? Ini gambar orang-orang bijak. Walaupon saya kurang bijak, tapi saya tetap mahu digelar bijak disebabkan saya ade sekali dalam gambar. Tolong kutuk di belakang sahaja. Jangan bagi comment haram dan menjatuhkan kredibiliti saya. Please..!

Gambar ini saya print dan letakkan kat wallet saya. Saya kan seorang yang mengingati kawan-kawan. Huhu~Dengan adanya gambar ini, saya tak payah la sumpah seranah membe-membe yang "tiau" saya bila saya tak contact diorang. Sebab saya selalu tengok diorang bile saya buka wallet. Jadi, secara tak langsung, ini diibaratkan sebagai ingatan saya kepada diorang masih kental.

So, bagi class of bachelor in mechanical engineering, saya masih ingat korang lah walaopon saya tak msg. Sgt Sweet tindakan saya meletakkan gambar class dalam wallet. Kan? Kan? Ala..jangan la crying-crying...bajet saya mahu pecaya itu touching. Touching datang Balok lah, we all ramai kat sini. huhu~

Saya stoly moly la sikit pasal diorang sekarang;

Ape diorang buat sekarang?
Hampir semua jadik Engineer. Generally they pledge with MMHE, SAPURA, AMB, AMC, MISC, PANASONIC, INTEL, Kilang Kicap and others. Tapi kebanyakannya adalah bekerja dalam Oil and Gas industry. And..of course lah...3 engineer hensem yang bekerja di CR ASIA tu. Sape ntah. Saya kerja kilang kicap je..huhu~

Sape Paling Kaye?
Faiq lah...dia pledge SAPURA. 2nd JAng!!ala..dalam entry ntuk jang tuh!3rd..mesti lah MISC nye marine engineers. Diorang kan sailors yang kaya. Rasanya money does not a matter at all kot. Tapi tataw lah. May be lah. Gaji INTEL pon mahal. 3k tue celah ketiak diorang je. Ape?yang lain2? Tak yah la citer...smue nak citer..gi la ngorat sendiri kalo nak tahu.

Sape paling pelik dan berwibawa?
Ade sorang je tak nak jadik engineer.Ramadhan. Seorang yang bercita-cita mahu menjadi cikgu sebagai option terbaik disebabkan tidak mahu serabut kepala menjadi engineer. Bijak! Baru-baru ini, dia ajar budak sekolah rendah; dan disebabkan dia fikir budak sekolah adalah annoying..Inilah hasilnya!

"Apa itu 'Idiom' Cikgu?"
"Awak buka kamus, cari la maksud 'Idiom'. Dan kalau boleh carik gak maksud 'Idiot'. Then after that you'll definitely understand"
"Huh..."

Cool tak Ramadhan?Mesti Basikal dia kene calar lepas kelas tue. Yelah, mane la die reti bawak Kereta mahupon Motorsikal. Oppss!!!Aku tak cakap..Juan yang cakap macam tuh!

Orait~continue chap. 2 Kambing Hitam Di dalam Kelas