24 August 2009

DO NOT TAILGATE

Ehem!Ehem!Assalamualaikum.

Bulan Puasa ni kena berbudi bahasa sikit. Bahasa tak bley main lepas macam kentut; Cakap tak boley banyak merapu; adegan kenching-mengenching kene sikit-sikit je. Ataupon tak payah buat langsung; lagi bagus!! Baru la rasa keberkatan Ramadhan.

First and Foremost, Gua Mintak Maaf atas segala kekasaran, kutukan, pukulan secara halus dan sebagainya kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam acara rapikan berganda sejak umur 5 Tahun nih! Gua cuma mengidamkan Ramadhan yang diberkati.

Lastly, Kepada driver-driver koner tiruk, kaki pancung dan cucuk angin di luar sana; Sila buat reminder di cermin rambut anda; DO NOT TAILGATE!

Kata orang; malang tidak berbau. Kentut gua je yang berbau.ala.. siket je la~.Apa-apa pon; berhati-hati semasa memandu dan....SELAMAT BERAMAH!









09 August 2009

Tak Pergi Beromen-Satria Neo Crews

Gua tak pergi beromen. Gua pergi mandi air terjun Sg. Panching je. Ini semua sebab Speck. Dia paksa gua; kalau gua tak datang dia cakap nak ratah pusat gua. Ntah bahagian mane la yang sedap kat pusat gua tu. Tahik pusat kot??Lantak lu la speck.

Tapi yang gua hangin neh, kenape calling gua pagi-pagi buta suruh siap-siap? Bila gua sampai..tengok brape kerat je manusia yang mematuhi sifat menetapi masa mcm gua nih ada di situ. Haih..lepas tu kena tunggu diorang sampai. Dari pukul 8.30..sampai ke pukul 12.00? Hmm..Nasib baik sabar gua setebal buku thermodynamic. Layankan je lah~Tapi next time, akan gua lebih berhati-hati dalam konvoi enjoy-enjoy neh. Takkan la sabar gua asek setebal buku thermo? Kadang-kadang jadik buku 555 jugak.


Ala, seperti babak-babak setended konvoi, lepas ambek gambo..ambek gambo lagi. Lepas tue, amek lagi. Lagi-dan lagi. Gua fed up; gua buat aksi terbang-terbang yang baru dipelajari dari ustaz Amirul.


Hikmat Sepak Cine Jinjang!!

Shoot geng jantan.


Shoot geng aweks


The journey begins................






Sampai dah....Skali air suda cetek. Sebab ramai sangat yang kojol kat area nih.





Dan akhir sekali; untuk sesiapa yang inginkan mimpi yang indah.



"Ah..jangan kau apa-apakan ku..Aku malu lagi Suci.."


06 August 2009

Wenger Panggil Suruh Gua jadik Coach

Amcam? Ada Bran?Bean ke...Blind ke...Izreena ke..Amcam?

yahoo fantasy football

# Group ID#: 8929

# Group Name: liga kuantan

pass..kuktem



fantasy premier league
id: 898809-183700

04 August 2009

Kisah Bekas Pensil Hijau

Gua ada sorang kawan. Nama dia Huda. Suka menyamar menjadi Batwife ataupun Ultrawife.
Time sekolah rendah dulu, kawan gua sorang nih banyak kali mengalami peristiwa pelik. Hampir setiap hari; dia ni tukang memerhati kejadian, mentaaluk peristiwa dan mengambil cerita untuk dijadikkan bahan sembang di kala petang. Mengumpat la katakan..eceh! Terkejam pulak ayat. Bukan ngumpat pon; saja je gua tambah-tambah bagi sedap.

Huda ada seorang kawan. Nama dia ape eh Huda?Aku tak hengat!!!AHMAD ape eh??

Ahmad nih time kecik-kecik dulu memang tak hensem. Tak ramai gadis-gadis sekolah time tue yang jatuh cinta kat dia. Walaupon gua tak hensem jugak; Gua dulu ketua kelas. Tiap-tiap hari gua terima hadiah dari awek-awek kelas sendiri dan kelas sebelah sebagai tanda kasih sayang mereka. Tapi sampai sekarang gua tak mengerti kenapa gua asek dapat pemadam...pembaris..dan pisau 10 sen tu. Apesal yeh?Ape time kecik-kecik dah pandai bribe-bribe ke?

Namun begitu, Ahmad ada satu bakat yang sangat istimewa. Dia pandai bertarung. Bukan yang bertumbuk-terajang tue; tapi betarung secara ilusi. Ahmad mempunyai banyak bekas pensil. Bekas pensil panda; bekas pensil besi bertingkat, bekas pensil geometri tue..dan lain-lain. Tapi yang confirm bukan bekas pensil kotak VHS. Sebab kotak pensil jenis tue popular time gua Form 2 and 3. Boley print gambar Christina Aguilera yang sexy dan masukkan sebagai cover kotak pensil VHS. Lepas tue kene koyak ngan cikgu disiplin. Selalunya macam tu lah.

Berbalik kepada cerita Ahmad; setiap bekas pensil ahmad ada ditampalkan sticker superhero. Dalam banyak-banyak bekas pensil dia; bekas pensil plastik hijau adalah yang paling hero sekali. Hampir setiap perlawanan dengan bekas pensil hijau; juaranya sudah dapat ditentukan. Sebab?Gua pon tak tahu. Huda tak cerita. Dia cakap atas sebab peribadi.

Sewaktu perlawanan bekas pensil tu, Ahmad memang cukup popular. Kalah populariti gua sebagai ketua kelas. Setelah Ahmad abes makan time rehat, Dia cepat-cepat masuk kelas untuk pertarungan. Dia punya follower, macam geng kapak dalam citer kung fu hustle. Ramai gila. macam gi tengok wrestling pon ada. Walaupun perlawanan bekas pensil berlangsung setiap hari; tak semestinya bekas pensil hijau Ahmad akan beraksi. Tapi jika bekas pensil Hijau beraksi, suda confirm-confirm pemenangnye boley ditentukan.

Sape?

Bekas Pensil Hijau tu lah....kan gua dah cakap tadi.!

Sekarang nih, Ahmad dah berubah. Dah takder bekas pensil hijau. Dah takder follower geng kapak. Dia jugak dah jadik Hensem macam Ashraf Sinclair. Huda cakap lah. Gua tatau. Tapi kalau dah Ahmad macam Ashraf Sinclair..Gua ape?Haiya..takkan Benzel Washington kot...Bagi la yang putih-putih sikit.....Atttuuuiiiii!!!