30 June 2009

Saya Pergi California in Summer

Tajuk kencheng lagi...err..tak tak...lebey kepada perumpamaan!!

Apahal lah panas sangat Melaka nih. Apa dalam tanah di melaka ni penuh dengan Bijik Timah ke?Dah macam desert in california dah. Kalau dessert OK gak. ceS!!Ces!!CES!! Bulan lepas gua ke Melaka. Tanpa memikirkan masa depan dan poket yang semakin kempis, bermulalah cerita KAMI.

Hari jumaat malam, gua, Wiwie dan Si Emo siap-siap packing barang terus bertolak. Belum sampai gambang, dah lapar bagai nak gila. Masing-masing perut main lagu metalicca "Enter Sandman". Dalam otak nasi goreng terngiang-ngiang. Jalan depan sikit, teringat kedai makan hujung minggu time ngaji kat UMP dulu. Kedai Shell geng-geng ni panggil. Pasalnya, kedai tu sebelah Shell(ni budak UMP tahu la. Kalau tak tahu, boleh da slow-slow berhenti blaja kat UMP).

Nasib baik kedai makan tue sebelah Shell! Kalau kedai makan sebelah tandas awam, ader possibility x ianya dipanggil Kedai Makan Tandas Awam??
..............................................

Berbalik pada cerita, selepas makan perjalanan diteruskan ke Muar. Tempat persinggahan dan rumah penginapan percuma. Terima Kasih akak Wiwie. Tidak ada cerita seram mahupun lucu berlaku di sepanjang perjalanan. Tidak kelihatan Nenek Tua yang ingin menumpang ataupun Orang gila berbogel tidur di tepi jalan.

Sabtu, selepas breakfast..kami bersiap menuju ke Alor Gajah. Destinasi pertama:-A famosa Waterworld.


Owh..lupe nak promote. Ini kereta Wiwie. Kereta dia Laju dan Jimat Minyak.
Ok. da promote. Sambung balik citer A famosa. Ah, pastue macam biasa lah. Beratur beli tiket...Usha-usha awek..tarik belalai gajah..dan lain-lain.


Selepas registration, pigi main air lah.


Sila rujuk gambar beranak panah utk melihat aktivit kami.

Main air macam orang afrika tak jumpe air. Habis semua gua rasa. Dari Slider yang free fall tue sampai kolam adik-adik blaja berenang.

So..untuk next visitor yang interested nak gi tempat ni; gua suggest y'all try ini lah:-
1. Free fall slider and his twin
2.Rafting
3.Sewa pelampung kuning tue, pi main slider yg macam rafting
4.Slider adik-adik.
5. Ngorat awek

Eh..no 5 tue buang lah bagi pasangan kapel2 yang datang nak ber"wet-wet".

Cost for entrance: Rm 40+ free lunch.
Yellow boat: RM15 kot. can't remember.
Important: Buy snacks and drinks b4 u enter A-famosa Waterworld. It's 'f to da ing' expensive. Buy outside!!

Rating for this trip
1:Poor 2: Boley lah 3: Ok 4: Nice lah.. 5: Mabelos

Cost for entrance: 3
Yellow boat: 4
Games: 5
No. of playground: 3
Foods: 1
Snacks&Drink: 1
Hot babes: 4

28 June 2009

Sementara ia MASEH donut

Di zaman kegawatan ekonomi ini, semua orang sanggup membuat apa saja untuk mengecapi nasi sepinggan, seluar jean LEVI, dan lain-lain. Termasuklah gua. Merasa tempias kegawatan ekonomi dari aspek enjoy-enjoy setiap bulan serta simpanan untuk majlis perkahwinan.

Hari ini, gua terfikir...apa kata gua tukarkan hobi blogging rapikan gua ini menjadi sesuatu yang menjana duit sampingan. RM 50 sebulan pon dah orait....!!

Survey di sini,

Memandangkan blog gua pon dah namanya DONUT, apa kata gua jual DONUT je guna blog ini?Apa cerita?Boley jalan tak korang rasa?Ada can dapat RM 50 sebulan tak?

24 June 2009

Bau Ketiak Awak Sangat Sedap

Baru-baru ini, ada seorang awek tegur gua.

"Hye awak!!Saya........................."(perbualan dirahsiakan atas sebab-sebab peribadi)

Tiba tiba, dia tanya gua;

"Awak, kenapa bau ketiak awak sangat sedap?Opps, maksud saya..Awak wangi lah!!"

Gua dengan selamba reply;

"Saya mandi bunga lah awak!"

Awek itu tiba-tiba terus pergi..meninggalkanku sendiri. Gua ada salah cakap ke?Lupakan aje lah.
Ape-ape pun, hari ini gua nak share lah kenapa gua wangi. Bukan sebab mandi bunga, bukan sebab kentut gua wangi. Ini entry gua nak cerita gua wangi pasal pakai minyak wangi.

More likely, to share with everyone where can I get less price perfume which actually the same as you can bought from perfume outlet nearby your house. It is not rejected, also it is not a fake one which you can get easily in Pasar Malam or FOS.It is originally come in box, smells good and most imporant is..pay less!

Reason? The seller said to me; she's the owner of Paris Hilton's perfume factory. And Carolina Herrera is her auntie. Hugo is under her leverage. Body Shop perfume is her mistake creation. I don't know. As long as I can get a perfume that i want with lower price, I OK je.

Here's the updated list. Antara yang ada kat dia skarang.





Price: RM155 nett#
Brand: BVLGARI Black















Price: RM 165 nett#
Brand: ESCADA Sentiment

















Price: RM130 nett
Brand:KENZO Flower

















Price: RM 165 nett#
Brand: DNKY Red Delecious Man

















Price: 170 nett#
Brand: Hugo Boss 6
















Barang siapa mahu, contact lah gua.
Emailkan hasrat anda di amiagdperson@yahoo.com.

16 June 2009

Cerita Gua Sebagai Opis Boy

Sebelum masuk matrix dulu, gua ada keje dulu. Buat part time jadik opis boy,peon, dan telephonist yang berjaya kat law firm in Temerloh. Apa nama firm tue eh? Ah...Zainul Rizal Taha Associate. Lebey kurang lah. Panjang gilak nama. Masa 1st day kerja, bos gua saja suruh test jadik telephonist.

"Selamat Pagi! Zainul Rizal Taha Associate...Boley saya bantu?"

Mak aih! Panjang gile nama kompeni!!Terbelit2 lidah gua macam 1st time sebut perkataan "antidistablishmentarianism".
Bos gua sengeh2 je. Dalam otak dia, confirm gua kene taji sikit2! "Beginner!!"
Tapi gua cool lah. Tak kot. Gua gelabah ekceli. Cilaka~Padahal panggilan telefon je.

Antara rutin gua kat firm tu adalah tukang buat surat rasmi,pakar photostate...ha!!
Gua dulu buta mesin photostate. First time gua sentuh mende alah tue time gua keje kat law firm ni lah. Slaloo gua photostate..gua serahkan aja ke awek kedai Bandar Pusat. Pandai-pandai lah dia. Gila dungu mesin photostate punya crita...

"Kak..macam mana nak photostate nih?"
"Ha...Ko baca Bismillah..jadik lah!"jawab akak kerani di situ.
"Bismillahirrahmanirrahim....Amin...Tak jadik pon kak!!"
------------------------------------

Selepas 3 hari kerja, bos gua ajak pekena roti canai ngan teh ais. Masa makan tue, bos gua ajak bincang pasal gaji. Gua time tue 1st job kan. Memang gua tak memilih.
"Ikut bos lah..saya terima seadanya". Ayat gua pasrah lagi suci.

Bos gua pon cakap,
"Ok, saya bagi awak rm27/day. keje 8.30 pagi till 5 petang. 5 hari full day. Sabtu half day. "

"OK boss!!"gua sengih panjang time tue. Kerja rilex. Pressure tadak. Oh..ada!!Photostate..gua kan dungu part-part photostate ni. Sampai skarang gua sangkut-sangkut je bile nak photostate IC. Thermodynamic lagi senang. Apahal ntah!

Masa kerja tue, gua stay kat umah Akak gua. Kenderaan gua pergi kerja:-SCOOTER.
Masa tahun 2004, skuter time tue memang tengah top. Asal nampak mat skuter jer..ramai la awek yang feeewitt. Gua pon tak ketinggalan di feewit. Biaselah..tengah kurus lagi. Hensem lah. sikiiiiit je dari skarang.huhu~
Padahal time tue skuter yang gua naik bukan mengancam abes pon. Kesnya, gua bantai skuter naza Abg ipar gua. Biase la skuter abah-abah...mesti ada lemari helmet kat belakang ngan alarm bank. Oh,tak lupa juga..ader remote starter. Yang nie canggih. Gua siap setat moto dari jauh. Kalau ade awek usha-usha skuter tue, gua bunyikkan alarm dia. Padan muka!! Gelabah~

Selama kerja part time tue, sempat la gua kumpul duit buat lesen moto-kete, blanje family akak gua pizza sebab bagi gua kemudahan penginapan,PS2, dan VCD sebakul.

Itu la cerita gua time tue. By the way..Ada soklan sikit kat sini.
Kenapa Mat Dispatch dipanggil Peon? Adakah Dispatch paling handal di Malaysia ini namanya Peon? Dari dulu gua try carik answer tentang persoalan ini

15 June 2009

Polis Tentry dan Kisah Kenapa Polis boley la pulak tak pakai Safety Belt

Bagi laki-laki, pempuan, tomboy, bapuk, gay dan lesbian yang sebaya, tua dan muda 2-3 tahun dari gua, Lu orang mesti masih hafal lagu "polis tentry".

Bagi badigol yang dah lupa. Ini lagu dia.
"Polis tentry, one two jaga.
Polis mati, pencuri jaga"
Betul ke lagu dia macam ni? Confirm?
Ke sepatutnya lagu dia macam neh?

"Polis Sentry, One two jaga.
"Polis mati, pencuri jaga"
Bagi lu orang yang menyanyi sedemikian sewaktu kecil, masih belum terlambat utk membetulkan anak-anak, adik-adik dan juga mungkin cucu-cucu lu orang.
Bak kata pepatah; "terlajak perahu boley diundur, terlajak kata dah takder gear reverse oi..sorry la jack!!"

Sepemergian gua baru-baru nih dalam acara cuti sambil belajar, gua da dapat tunjuk ajar dari seorang pengamal lagu-lagu klasik dan tradisional kanak-kanak dan dangdut melayu.
Berkatalah beliau dalam satu cerita di kala petang;

"Korang time kecik-kecik selalu merosakkan lagu klasik kanak-kanak. Modified sane, modified sini, tukar lirik, tambah perkataan yang tak masuk akal, dll."
Panjang gile membebel. Gua da rase getar tangan nak sepak.

"Kalau korang nak tahu, lagu polis sentry tue macam ni!", kata pengamal itu.
"Polis and Thief
One Two..Jaga!!
Polis Mati
Pencuri Jaga!"
Gua pelik jugak.
Time tue gua tak puas hati lah. Dah gua dulu ketua kelas yang selalu mengajar rakan-rakan menyanyi lagu tu. Tercabarlah krediabiliti gua.

"Tapi kenapa? Awat dia jadik Polis and Thief bang?" ujarku.

"Cube ko fikir, kalau polis tentry..dah confirm2 tentry tue takder dalam kamus b. Inggeris. Kalau sentry tu ader lah. Tapi taderk kaitan langsung dengan lagu!", jawab pengamal itu.

"Bukan dah betul ke polis sentry tu bang?" tanyaku.

"Salah! Manada polis sentry mati! Diorang asek tido aje!",!balasnya.

"Abes tue, baik kita tukar lagu tue macam ni bang!"jawabku.
"Polis Sentry
One Two JAGA!!
Polis Tido
Pencuri Jaga"
"Ikut suka hati kau lah!!Tapi yang betulnya adalah polis and thief", jawab pengamal sambil geram.

Sekian. Gua pon dah blur mane satu yang betul skarang nih.

p/s: Kenapa Polis boley tak pakai Seat Belt?

Jawapannya: Kerana ada dalam law book yang mengatakan diorang tak payah pon pakai. So jgn buat otai lah kalau ada kereta polis kat sebelah lu buat nganjing2 tarik-tarik safety belt. Sia-sia je usaha korang.

Terima Kasih Daun Keladi. Lain hari jumpa lagi.

13 June 2009

Picture of the Day

Gua ada fotopages. tapi memang tak aktif langsung. Macam beruang kutub berhibernisasi. Sebabnya, itu hanyalah album gua di internet. Ingat nak simpan banyak-banyak lagi. Tapi asek malas je nak upload. Biasa lah..internet macam kacang kuda kat UMP dulu. Skarang pon sama. Hanya Tuhan saja yang tahu. Itu pon, syukur Alhamdulillah..boley lagi bukak facebook. Ader chance la lagi nak mengumpat Huda di khalayak ramai. YM confirm tak dapek la chek!! Tengok clips Diversity kat Youtube pon macam tengok Abg Robot kat Teluk Chempedak.

Wah..panjangnya merapik. Ini semua kerja Jah. Selalu mengajak gua merapik tepi tingkap. Terbawak-bawak ke penulisan gua yang suci ini.

Back to story.................................

Ah. Tak payah la story. Boley?Malas la pulak.

04 June 2009

Cerita Lama part 2

Sambungan. Bukan sumbangan.

Lepas SPM, gua dapat matrix johor. First time gua menjelajah ke johor time tu. Excited laen macam. Tapi location je tak masyuk. Tangkak. Ader ke gua ditempatkan di bandar kain ini? Eh..ape muka gua ni ade macam mak-mak ke?
Masuk-masuk dia bagi kursus sains hayat. Time tue berangin da gua. Nasib baiklah boleh tukar course. masukla gua ke kursus Physical. Cek-cek nama..fullemek..Kuliah 1st bai!!agak pelik jugak lah..tapi gua suspek ini mesti kes geng-geng physic tak banyak yang english dapat A. Kalau diikutkan gua masuk sains hayat time tue, confirm gua kuliah corot. Time ni memang aim gua..jadik engineer. Engineer ape? gua masih blur.

Disebabkan gua bukan golongan bijak bestari pon..gua pon ditempatkan di Kolej Universiti selepas abes matrix. Itu pon da kira nasib. Kiranya, gua nih mangsa lelong sewaktu penempatan student kat universiti dulu lah. Kalau nak diikutkan gamble gua, first 3 choice je yang gua serious2 amek engineering course. Yang lain gua letak perkayuan, seni musik, pertanian, dll yang memang takder kaitan dengan minat dan cita-cita gua. Confident punya pasal..
Lesson learn:-Jangan confident macam Drogba.

Masa gua tahun 1,2 dan 3..gua tak pernah membayangkan bagaimana engineer itu beraksi. Tidak kira di ranjang mahupun di luar gelanggang. Masuk tahun 4, gua buat 1 lagi cita-cita pelik. Gua nak jadik SOUND ENGINEER. Ader jugak lah time nak mintak praktikal tue gua try2 kat Pan Global Music..tapi no answer. Hampir 100 application gua hantar termasuk surat dan email. Namun hampir semua gagal. Biasa lah.. pointer gua memang setended budak nak grad awal dengan cukup-cukup makan je. Sendiri paham lah~

Last-last, 1 company singapore (Surbana International Pte Ltd) offer gua as intern diorang. Dalam kepala gua, takkan gua nak jadik M&E engineer? Mana kemahuan gua selama ini?Buat jeruk kelubi?Nak tak nak..layan je lah! Dah yang tue je gua rasa terbaik selain kilang tahik felda(fertilizer), kilang sawit sekitar jengka serta kilang kicap. Gua time tue target kilang kicap je kalau nak senang. Tapi nak gempak..hoi..gi intern kat singapore lah!!Dah dia bayar gua pakai sing dollar...

Lagi 2 minggu nak gi intern, gua dapat panggilan dari Ministry of Manpower Singapore. Diorang inform gua, work application gua dibatalkan atas alasan yang gua tak bley nak terima. Cilaka~. Padahal, company tue siap ambik intern dari indonesia, philiphine, thailand, dan negara asean yang lain. Gua dengar jepun pon dia ambik. Tapi, Apahal Malaysia tak boley?Apahal??

Time tue, gua dah getar perut. Mana gua nak carik tempat praktikal??
1.Gua tepon felda semula. Diorang cakap ader kosong lagi. Gua accept by mulut.
2.Gua contact CME(Company buat Kereta Bomba). Gua accept jugak by mulut.
3. Gua contact Along gua merayu ambik gua as intern dia. Gua accept jugak..accepting that he will not giving me any help.

Haiiyaa!!!

Kita terjumpa di part 3!

Cerita Lama Part 1

Masa setended skool dulu..cita-cita gua amat murni. Nak jadik ustaz.Tapi bila dah besar, bukan gua yang jadik ustaz. Tapi idola gua; Ustaz Amirul yang "baik punye" tu. Tapi baru-baru ni gua dikejutkan dengan Ustaz Amirul gua berlakon jadik nyah. Apahal??Eh Tuan Direktor! Ko gi Ubah cerita skarang!!

Itu cita-cita no.1. Kan ade 13 cita-cita yang perlu diisi kan dalam borang kaji selidik budak sekolah. Itu tak masuk nak jadik angkasawan, journalist, cikgu bahasa melayu, pemilik loji tahi, Peniaga emas, Detektif persendirian dan lain-lain. Tapi yang last tue..gua confirm letak ENGINEER. Apahal ntah. Padahal dulu memang tak sebulu ngan Along gua. Sebab tue tak nak jadik engineer.

Time secondary skool..gua pindah sekolah bandar. Sekolah Samad Petaling Jaya. Sekolah yang tak pernah berjaya merosakkan gua. Ye lah, gua kan kebal dari Culture shock nih. Masa secondary pon kene isi jugak cita-cita tu dalam buku kaji selidik pelajar. Time tu, gua dah berubah dari segi perspektif pandangan masa hadapan. Ye lah..Bak kata orang..gua ini diibaratkan melakukan "Anjakan Paradigma di Loncatan Saujana". Wah..Kemas sungguh BM gua. Ader can lagi nak jadik Cikgu Bahasa Melayu ni.

Seingat gua, cita-cita no.1 gua nak jadik weapon designer. Time tu gua memang suka counter-stike. Ape lagi cita-cita yang sesuai bagi gua yang fanatik ni. Cita-cita gua yang lain masih sikit-sikit kekal seperti journalist, pemilik loji tahi dan sebagainya. Yang berubah pon mungkin sebab gua tambah subject Biologi time form 4..terpaksalah gua letak Doktor Haiwan. Masa form 4, Biologi gua memang steady. Pejam mata pon gua rasa boley jawab lagi. Yang last skali mestilah Engineer..tapi bau-bau engineer time tue memang jauh la. Siap gua cakap kat mak gua..gua akan rawat dia bila dia sakit nanti.

Tapi bila dah form 5, gua dah start malas...asek-asek ponteng kelas biologi gi main basketball, gi cyber cafe dan juga mengorat awek kelas sebelah, terus jem! Subject biologi itu mengibaratkan gua macam bebal abes.

Tapi..(eh..tapi lagi..)cikgu fizik gua membawa gua ke jalan yang benar kembali. Mrs. Hema name dia. Muka macam Kajol. Paham-paham lah...Mesti la fokus dalam kelas. Gua yang tak layan hindustan pon boley terusha-usha cerita kabi kushyi kabhi gham..Har har har! Suatu hari dia cakap kat gua.."If you don't like biology..I suggest you to concentrate on physics and get a good result for this subject. You can choose a path to become an engineer...."

Mata gua tiba-tiba bersinar. Pastue, kirim salam je la buku biology, tempat lu kat dalam laci meja . Maka..bermulalah era subject physic "pah ceroh". Sampai member gua tanya kumpulan darah A sesuai untuk darah apa pon gua boley cakap ikut velocity darah tu.

Terror tak terror, Horror tak horror..result fizik gua cantek. Senyum panjang Pn. Kajol gua. Ye lah..result fizik bagi kelas 5A time tue cantik je semua. Cikgu mana yang tak hepi kan?Tapi cikgu Biologi..lain pulak cerita dia. Awal-awal dia dah carik gua kat tempat ambik result SPM time tue. Nasib baik informer gua bagitau time tue. Kalau tak, makan la setengah jam kene bebel sebab gua sorang je parasit yang rosakkan result biologi kelas dia time tuh.Harharhar!!Sorry la cikgu. Bukan salah saya. Salah awek kelas sebelah. Salah basketball. Dan salah Counterstrike tue cikgu. Mende-mende inilah yang merubah dan mencorak hidup saya.

Bukan Salah Cikgu tau!!Walaupun rupa cikgu agak mengingatkan saya kepada cikgu BI time skolah rendah. Scary maa...

To be continue!

02 June 2009

TE...........TEK


Tag Dari Cik Bell

Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini.

1) seorang engineer wanita
2) sukakan music berserabut seperti SOAD
3)pandai memikat
4)cukup sifat
5)mempunyai adik yang suka kat gay. Betul tak fakta ini?

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sndiri sebelum memilih

1) suka memasak
2) suka gardening
3) suka sedut slurpee sampai Brainfreeze
4) sedang mencari kerja baru
5) sedang memikirkan perlukah ke Melaka hujung minggu ini
6) sedang mencari bakal isteri~(huhuhu..yang ini tak boley blah)
7) masih dalam usaha mengurangkan berat badan
8) masih tidak berkemampuan membeli bodykit r3
9) masih tertunggu-tunggu panggilan ke Dubai
10) nanti dlm komen tolong isikan point ini..please!!


Anda perlu memilih 10 penerima award dan describe tentang mereka

1.Nak tag Paly..dia dah kene tag ini
2.Nak tag Juan..dah kene jugak
3.Nak tag nabilah..dia yang tag saya
4.Nak tag Bean..dia tak layan tag. Dia sumpah seranah adalah. Huhuhu~
5.Nak tag Ijat..dia memang dah kene tag aku tgk...
6.Nak tag Sey Hi...dia dah kene gak
7.Nak tag SJD team..diorang jual sparepart je..mane layan tag.
8.Nak tag Mr. Blind..dia memang haktuih mende-mende pink. Dia kan Amy Search Kerteh.
9.Nak tag Amir...dia sibuk
10. Tag Wahab lah!!Wahab..gi buat la..kalo rajen.

01 June 2009

Blog Menyanyi

Donut
No.10 Taman Sg Karang Mesra
26100 Kuantan
Pahang Darul Makmur


Bloggers
Unidentified Flushing Object
Taman Floating Smelly
192.168.0.17
World Wide web

You All,
Gua agak suka blog-blog yang menyanyi sendiri neh.

Tapi.......



Apahal IDM gua asek pop up je!?? Gua baru ada semangat nak baca-baca tulisan, maki hamun, sumpahan, serta ayat-ayat penunduk wanita..tetiba pop!!backstreet boy.mp3...pop!!!jonas brothers.mp3.pop skali lagi....gua tekan je butang pangkah kat atas tuh. Rasekan!!Sape suruh gatal-gatal letak lagu tapi tak structured betul2..Dah lu orang rugi...gua tak boley tambah komen-komen (Kalo Mr. Blind dia tulis romen-romen nih) kat entry lu.

Gua taw gua rugi sikit dari segenap aspek..tapi Ada aku Kesah? Cak cak cak cak cak cak cak cak!!.....Petuiiiiiinggg...kelepek!!(slipar melekat kat kepala Rusnah.) Iye lah...mesti la kepala dia..gua tak terlibat secara langsung ataupon tidak langsung dalam hal mereka. Gua awal-awal dah buat announcement gune mikropon tentang betapa antidistablishmentarianism gua utk siri merapik Si spek besar Azuwan-Tertonggeng-Ditolak Cinta-Zieana.

Kepada yang terasa..Maaf, saya amat suci dan jujur orangnya. Silalah betulkan coding anda ataupon fikirkan cara yang lebih baik. Saya suka blog menyanyi. Tapi tak suka blog keluar pop pop "pah ceroh". Ape??buang IDM saya?no way!!mcm mane saya nak donlod lagu Yuna dan Liyana Jasmay awek saya tue?

Sekian. Terima Kasih.


Yang benar,

Donut