04 June 2009

Cerita Lama part 2

Sambungan. Bukan sumbangan.

Lepas SPM, gua dapat matrix johor. First time gua menjelajah ke johor time tu. Excited laen macam. Tapi location je tak masyuk. Tangkak. Ader ke gua ditempatkan di bandar kain ini? Eh..ape muka gua ni ade macam mak-mak ke?
Masuk-masuk dia bagi kursus sains hayat. Time tue berangin da gua. Nasib baiklah boleh tukar course. masukla gua ke kursus Physical. Cek-cek nama..fullemek..Kuliah 1st bai!!agak pelik jugak lah..tapi gua suspek ini mesti kes geng-geng physic tak banyak yang english dapat A. Kalau diikutkan gua masuk sains hayat time tue, confirm gua kuliah corot. Time ni memang aim gua..jadik engineer. Engineer ape? gua masih blur.

Disebabkan gua bukan golongan bijak bestari pon..gua pon ditempatkan di Kolej Universiti selepas abes matrix. Itu pon da kira nasib. Kiranya, gua nih mangsa lelong sewaktu penempatan student kat universiti dulu lah. Kalau nak diikutkan gamble gua, first 3 choice je yang gua serious2 amek engineering course. Yang lain gua letak perkayuan, seni musik, pertanian, dll yang memang takder kaitan dengan minat dan cita-cita gua. Confident punya pasal..
Lesson learn:-Jangan confident macam Drogba.

Masa gua tahun 1,2 dan 3..gua tak pernah membayangkan bagaimana engineer itu beraksi. Tidak kira di ranjang mahupun di luar gelanggang. Masuk tahun 4, gua buat 1 lagi cita-cita pelik. Gua nak jadik SOUND ENGINEER. Ader jugak lah time nak mintak praktikal tue gua try2 kat Pan Global Music..tapi no answer. Hampir 100 application gua hantar termasuk surat dan email. Namun hampir semua gagal. Biasa lah.. pointer gua memang setended budak nak grad awal dengan cukup-cukup makan je. Sendiri paham lah~

Last-last, 1 company singapore (Surbana International Pte Ltd) offer gua as intern diorang. Dalam kepala gua, takkan gua nak jadik M&E engineer? Mana kemahuan gua selama ini?Buat jeruk kelubi?Nak tak nak..layan je lah! Dah yang tue je gua rasa terbaik selain kilang tahik felda(fertilizer), kilang sawit sekitar jengka serta kilang kicap. Gua time tue target kilang kicap je kalau nak senang. Tapi nak gempak..hoi..gi intern kat singapore lah!!Dah dia bayar gua pakai sing dollar...

Lagi 2 minggu nak gi intern, gua dapat panggilan dari Ministry of Manpower Singapore. Diorang inform gua, work application gua dibatalkan atas alasan yang gua tak bley nak terima. Cilaka~. Padahal, company tue siap ambik intern dari indonesia, philiphine, thailand, dan negara asean yang lain. Gua dengar jepun pon dia ambik. Tapi, Apahal Malaysia tak boley?Apahal??

Time tue, gua dah getar perut. Mana gua nak carik tempat praktikal??
1.Gua tepon felda semula. Diorang cakap ader kosong lagi. Gua accept by mulut.
2.Gua contact CME(Company buat Kereta Bomba). Gua accept jugak by mulut.
3. Gua contact Along gua merayu ambik gua as intern dia. Gua accept jugak..accepting that he will not giving me any help.

Haiiyaa!!!

Kita terjumpa di part 3!

10 comments:

♥chentaMAYA™ said...

0h!kritikal nyew gua tgk!ces!last minit tuh cncel!

hud@-- said...

tak sdey pun~~nk gelak jer..har har har har

kay said...

baru ko tau hidup ni susah..

arfahadnan said...

terjumpa?

m U c h ! k said...

baru aku tau sbb x jadi intern kat singapore tuh..woooooo

Donut said...

chenta-erm..lu pon bley kecut perut.

huda-ish..ni la entry sad mode gua.lu sorang je gelak..apedaa..

kay-owh..gua da sedar lame da idup tue susah.lalala~

adik awien-yes..kita terjumpa yah?

darlene-huhu~aku tak citer kat ko dlu eh?

PrinceSsLemOn said...

saya tahu...saya tahu crite nie...
mangamuk abes ni bile s'pore comp tuh x accept application dia...tp berkat kesabaran kamu...awak dapat
praktikel kt basf petronas...pas abes je praktikal dpt keje kt CR Asia...yeah...tamat sudah crite nie...sekian wasalam...

arfahadnan said...

kak awien kamu kem salam..

..^_^..

Donut said...

lemon-kau abeskan citer aku...ok!!siap lah. aku santau chinta kau dari jauh.

kwn akak awien-time kasih. tolong sampekan salam kat saya. Saya dah malu-malu bercakap dengannya kerana dah lama gila tak contact dia.

Anonymous said...

x kesah...santau la...x scary pn....
ala...aku x sengaje pn..tercrite...maap!