04 June 2009

Cerita Lama Part 1

Masa setended skool dulu..cita-cita gua amat murni. Nak jadik ustaz.Tapi bila dah besar, bukan gua yang jadik ustaz. Tapi idola gua; Ustaz Amirul yang "baik punye" tu. Tapi baru-baru ni gua dikejutkan dengan Ustaz Amirul gua berlakon jadik nyah. Apahal??Eh Tuan Direktor! Ko gi Ubah cerita skarang!!

Itu cita-cita no.1. Kan ade 13 cita-cita yang perlu diisi kan dalam borang kaji selidik budak sekolah. Itu tak masuk nak jadik angkasawan, journalist, cikgu bahasa melayu, pemilik loji tahi, Peniaga emas, Detektif persendirian dan lain-lain. Tapi yang last tue..gua confirm letak ENGINEER. Apahal ntah. Padahal dulu memang tak sebulu ngan Along gua. Sebab tue tak nak jadik engineer.

Time secondary skool..gua pindah sekolah bandar. Sekolah Samad Petaling Jaya. Sekolah yang tak pernah berjaya merosakkan gua. Ye lah, gua kan kebal dari Culture shock nih. Masa secondary pon kene isi jugak cita-cita tu dalam buku kaji selidik pelajar. Time tu, gua dah berubah dari segi perspektif pandangan masa hadapan. Ye lah..Bak kata orang..gua ini diibaratkan melakukan "Anjakan Paradigma di Loncatan Saujana". Wah..Kemas sungguh BM gua. Ader can lagi nak jadik Cikgu Bahasa Melayu ni.

Seingat gua, cita-cita no.1 gua nak jadik weapon designer. Time tu gua memang suka counter-stike. Ape lagi cita-cita yang sesuai bagi gua yang fanatik ni. Cita-cita gua yang lain masih sikit-sikit kekal seperti journalist, pemilik loji tahi dan sebagainya. Yang berubah pon mungkin sebab gua tambah subject Biologi time form 4..terpaksalah gua letak Doktor Haiwan. Masa form 4, Biologi gua memang steady. Pejam mata pon gua rasa boley jawab lagi. Yang last skali mestilah Engineer..tapi bau-bau engineer time tue memang jauh la. Siap gua cakap kat mak gua..gua akan rawat dia bila dia sakit nanti.

Tapi bila dah form 5, gua dah start malas...asek-asek ponteng kelas biologi gi main basketball, gi cyber cafe dan juga mengorat awek kelas sebelah, terus jem! Subject biologi itu mengibaratkan gua macam bebal abes.

Tapi..(eh..tapi lagi..)cikgu fizik gua membawa gua ke jalan yang benar kembali. Mrs. Hema name dia. Muka macam Kajol. Paham-paham lah...Mesti la fokus dalam kelas. Gua yang tak layan hindustan pon boley terusha-usha cerita kabi kushyi kabhi gham..Har har har! Suatu hari dia cakap kat gua.."If you don't like biology..I suggest you to concentrate on physics and get a good result for this subject. You can choose a path to become an engineer...."

Mata gua tiba-tiba bersinar. Pastue, kirim salam je la buku biology, tempat lu kat dalam laci meja . Maka..bermulalah era subject physic "pah ceroh". Sampai member gua tanya kumpulan darah A sesuai untuk darah apa pon gua boley cakap ikut velocity darah tu.

Terror tak terror, Horror tak horror..result fizik gua cantek. Senyum panjang Pn. Kajol gua. Ye lah..result fizik bagi kelas 5A time tue cantik je semua. Cikgu mana yang tak hepi kan?Tapi cikgu Biologi..lain pulak cerita dia. Awal-awal dia dah carik gua kat tempat ambik result SPM time tue. Nasib baik informer gua bagitau time tue. Kalau tak, makan la setengah jam kene bebel sebab gua sorang je parasit yang rosakkan result biologi kelas dia time tuh.Harharhar!!Sorry la cikgu. Bukan salah saya. Salah awek kelas sebelah. Salah basketball. Dan salah Counterstrike tue cikgu. Mende-mende inilah yang merubah dan mencorak hidup saya.

Bukan Salah Cikgu tau!!Walaupun rupa cikgu agak mengingatkan saya kepada cikgu BI time skolah rendah. Scary maa...

To be continue!

14 comments:

arfahadnan said...

"Anjakan Paradigma di Loncatan Saujana".
mcm tak tercapai akal ku dengan ayat nih..


cita-cita sebagai pemilik loji tahi mmg unik..

Bean Jinai said...

bro, lu dah dikira legend dalam pautan blog gua. tak caya rujuk blog gua. ( underground )

Fadhlinasir Nama Diberi said...

>>>> asek-asek ponteng kelas biologi gi main basketball, gi cyber cafe dan juga mengorat awek kelas sebelah, terus jem! <<<<

bia btol men basketbol..cm tahhyul je ni...

kay said...

aku tengok mahyarudin engineer gak..tapi dia alim..ko nape tak jadi gitu gak?

Donut said...

arfah adnan-huhu..mcm lagu elyana je.

wesh..kayap la pemilik loji tahi. it an energy trading company. Kayap2!!!

bean-aiya...malu2 kucing gua. lu nak makan mekdi free ke?tadak hal lah!!hehehe~

paly-hoi!!gua yang 3 pointer shooter tu lah!!bukan gorilla dlm citer slamdunk

kay- erm..everyone has choosen his different path kot. Har Har Har..mungkin aku tak alim macam dia..sebab aku dihidupkan utk belajar utk menjadik alim mcm dia..

Anonymous said...

nk jd doktor rupenye....it's okey...nnt sy rawat mak bile mak sakit kay? mak pun dh kate stuju!

Izreena Halim said...

alah. hampir semua orang ada "angkasawan" dalam senarai cita-cita do
tapi aku penah letak "pilot tudm" dalam senarai cita-cita masa darjah 1.

HazirahMahadzir said...

org tua2 mmg suka mengimbas memori eh?

Donut said...

izreena-wah..jet fighter..huhu~ko men jet kontrol je lah...lepas gak niat nak bawak jet..lalala~

hazirah-hoi!!sipak ngan kaki kang..
gua 24 la adik hazirah..mak aih..adik..

m U c h ! k said...

aku penah letak nk jadi pilot gak.. tp ade 2..satu pilot mas..satu lagi pilot helikopter itam tu..ape name dia..lupe la..ni gare2 mase kecik byk tgk drama omputeh yg bawak helikopter hitam tuh.. black hawk ke?? mcm bukan jee

Donut said...

elikopter nuri la darlene~

Zw@n said...

hahahaha...bnyak betol cita2 ko...tp tak seunik aku l...tyme skola dulu aku nk jd otoman,power ranger..dan macam2 MAN lagi...huhuhuhuhu:D

Basuh Baju said...

serius nyer time kecik2 lu punya cita2..haha

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,性愛