06 January 2009

Hikmat Asap Meragut Jalan

One day. Trip to Gambang, Kuantan. Satu fenomena aneh diselangi hujan ala-ala ribut telah berlaku. Sila ikuti perkembangan seterusnya di perenggan bawah.

Pada hari itu, sesuatu telah berlaku di Jalan Kuantan-Gambang berdekatan Jaya Gading di mana satu kejadian pelik lagi tak diingini oleh orang ramai telah berlaku di tempat berkenaan. Ketika kejadian, kelihatan asap dari sumber yang aneh telah dilihat sedang meragut jalan-jalan yang dijalani oleh beliau. Asap yang pelik serta kelihatan huduh mencemari alam itu kemudiannya telah memenuhi segenak ruang di kawasan berkenaan dan menyebabkan suasa jerubu yang tak diingini. Setelah asap itu menukar haluannya, Asap itu kemudian diselangi oleh percikan-percikan api sepoi-sepoi bahasa di laluannya yang berbonjol itu.

Saksi-saksi di tempat kejadian kelihatan sangat terkejut dan ada yang ternganga sambil lalat menghurungi ruang mulut mereka.Tidak kurang juga ada diantara mereka yang ketawa bersendirian kerana melihat kejadian pelik lagi hina ini.

Saya yang masih di tempat kejadian dengan beraninya mengikut jejak asap demikian dengan laju. Dalam masa yang singkat saya dapat menghampiri asap berkenaan kerana asap berkenaan tidak bergerak dengan laju pon. Kereta Neo saya lagi laju. Oleh itu, saya dapat merakam kejadian tersebut untuk dijadikan bahan bukti. Sila lihat Lampiran di bawah.



Pemilik asap ini sungguh bangga dengan perbuatannya.

2 comments:

iM MartiNez said...

xnampak pn asap...tipu eh? mane asap? mane?

Unknown said...

tak nampak ke mcm cloudy tue..ish3...princess lemon neh slaloo salah2...
cbe tgk ekzoz die...cun...mcm orang gile