29 May 2009

Tag dari Ijat. Akibat "kejayaan" M.U.

Kekasih saya adalah: Liyana Jasmay..or..Martina..Sigh~(thinking)

2. Saya sedang mendengar: Straightjacket Feeling - All American Reject

3. Mungkin saya patut: Quit my current job

4. Saya baru sudah: went for Juma'at Prayer

5. Beza rakan, sahabat dan kawan: Shouldn't all these vocs falls under 1 eng. word so call F.R.I.E.N.D.?

6. Saya Tidak Faham: Why My Boss still not increase my pay

7. Saya perlu mencari: Life.

8. Ayat terakhir yg dikatakan kepada saya : "It should not be 40K"

9. Makna hidup?: Peace. Love. Care and Concern

10. Cinta itu?: My Soul recognition from its counterpoint to another

11. Saya paling suka: Gardening. Cooking. Racing. Playing Guitar. Biting

12. Saya akan cuba: seek a new job.

13. Mengapa rakyat malaysia suke menggunakan LAH di akhir ayat mereka: Where got Malaysian. It the Sings always used LAH.

14. Telefon bimbit sy: Always hang and restart couple of times. Perhaps; I-Phone is the best solution??

15. Katil saya: Black in color, Very confortable for singles like me.

16.Soalan yg bagi sy tidak perlu ditanya: Why I am so fat

17. Teknologi adalah: transition of old ways. Revolutionaries of ideas. Gift from ALLAH SWT.

18.Bagaimana saya masak makanan yg saya pandai masak?: I have to create a new entry if I have to answer this quest.

19. Semalam: Plan for a "lepaking" with BASF manager. Cancelled due to Awie wants to install SURBO in his Neo.

20. Hari ini: Once again Sing's Shit argue about the price. Hey, it is F to the ing expensive.

21. Malam ini saya akan: Going to KL. Seeking for life.

22. Esok pula saya akan: go to IKEA, then KLANG, then meeting with friends in S.A

23. Saya betul2 inginkan: a new job.

24 Badminton atau futsal: futsal.

25 Karaoke: Almost quit due to "SoundBox"-a guy who always lead us for a karaoke session has not actively singing anymore.

26 Makanan jepun adalah: Sushi and Wasabi. That's all I know.

27 Bilik yg terang arau gelap.: Dark

28 Ayat terakhir yg nk anda ckp kt seseorg: Thank you.

29 kereta: Satria Neo

30 saya nk tag: FNA. new racer in my blog. **Aadi Updated!

27 May 2009

Entry utk PokPih dan Huda

Kepada peminat Man Utd ini, ketahuilah bahawa Abdul Do lu dah boleh masuk Hollywood. Gua rasa lepas ini dia dah boley gantikan Tom Cruise mahupun Jack Black. Mungkin juga boleh digunakan sebagai pembantu watak utam filem Gerak Khas The Movie 18.

Seperti yang dijanjikan dan juga sempena "kejayaan" semalam, aku paparkan wajah lu kat blog gua. Present ikhlas dari hujung lubuk hati gua.


"Hye! Saya tak nak pon amek gambar..Awek tue yang nak bergambar sangat."


Dan juga kepada kepada peminat Chelsea ini, gua agak musykil dengan statement lu ini. Tolong jelaskan.



22 May 2009

HARI PETANG INTAN YANG SPORTING

Blog Bersawang lagi. Lepas ni dah boley tukar nama blog kepada "the blog bersawang story". Takder lagi "thedonutstory". Tapi..takbley. Nanti Hazirah Lapar..Kay sengsara...Amir hilang arah..Darlene asek sms...tak nak lah susahkan orang. Kan?

Last weekend.. berada di Seremban. Along saya kenduri. Dia naik pangkat lagi. Ntah kipas jenis ape la dia anginkan bos besar tue..Mungkin cap Sanyo kot? Tapi yang penting, sekarang taraf dia dah setanding Ayah Pin. Eh..betul lah... Bos atas dia dulu name Arifin. We all semua panggil Ayah Pin. Ayah pin jaga branch lain lah pulak. So..Along naik jadik taiko. Juga, kemunculan Cik Martina ke majlis tersebut. Huhu~

Berbalik kepada Title Entry, Intan yang sporting. Kengkadang dia berpura-pura tak sporting. Ntah kenape lah..mungkin atas alasan peribadi. Selalunye saya takkan berjaya mengaburi intan ntuk fillin the blank games. Dia selalu menepis godaan saya. Ces!!Tapi hari ini saya BERJAYA!!!
Huhu~ingat ape..saya tak terror ke part-part menggoda nih?Hui...dah blajar ngan Paly lah!

amiagdperson : assalamualaikum....
amiagdperson : wah..bagusnya i di hari jumaat nih....huhuhu~
intan suzila : mcm hepy je
intan suzila : wslm
amiagdperson : erm...hepi?ye la..esok kan cuti
amiagdperson : huhuhu~
intan suzila : erkk tu je
amiagdperson : huhu~ader lagi.
amiagdperson : ari ni tkder keje
amiagdperson : so...i mcm pengganggur tak terhormat hari ni
intan suzila: wahh
intan suzila : sy tumpang gumbira
amiagdperson: erm...terima kasih
amiagdperson: mari raikan dengan daun saderiamiagdperson : lalala~
intan suzila : ape yg penting??amiagdperson : KERJA..SAMA!!

Skip2!!!

Berikut adalah Fillin the Blank Pop Trivia.
amiagdperson : my dream guy have these character
intan suzila : 1. ade career 2. educated 3. solat 4. fmly dia best(leh get alonog) 5.penyabar
intan suzila : xckup 5 laaaaaaa

(amaran..sila bertanya kepada tuan pnye badan ape dia alonong. Bukan along yang pasti!)
sebab tak cukup..tambah la lagi.

amiagdperson : wah..
amiagdperson : ok
amiagdperson : jap tambah ehamiagdperson : 6.
amiagdperson : 7.amiagdperson : 8.
amiagdperson : 9.amiagdperson : 10.
amiagdperson : 5000.
amiagdperson : ha...isi lah
intan suzila : perli ke hape

...........................................................................................................................

intan suzila : 6. xhodoh 7.xberlagak 8. sgt suke membelai hahhahah 9. xkedekot 10... xtaw

Ok..Pop trivia akan disambung kalau rajin..

15 May 2009

Tag dari Hazirah. Gua taw dia kenyang bile Dia bace blog gua.

Huh...bersawang lagi. Ini angkara travian, open pod air intake, ccfl, f1 warning lamp dan juga gua tengah sedey dan down. Sorry, hari ini mood macam hippopotamus kesusahan sampai membahasakan diri sebagai gua.

1.Travian
Gua ketua samseng kampung skarang. Tinggal masa nak gi serang kampung sebelah je. Hoi kampung sebelah, ini bukan lawak king..ini ancaman baek punye..OK?

2.Open pod air intake
Ini yang gua malas ni. Baru nih..mr. Anderson mintak hadiah ke 10,000 km safe ridehour dengan tanpa defect dr proton. Dia punya ngade-ngade, gua try takeover 3 buah lori di bypass, dia buat-buat slow. Eh..gua dah bagi lu SURBO baru nih..ape lagi lu nak. Nak angin lebih? Lu angin lebey..gua yang berhangin perut nanti hujung bulan sebab belikan lu adiah.

3. CCFL dan F1 warning lamp.
Ini gua yang nak. baru Neo gua macam BMW Sauber. Lalala~

4. Sedey+Down
Ini yang malas cerita. Orang happy go lucky macam gua terpaksa sedey dan down macam dengar lagu "Alif dah kurus". Eh ape da...yang pegi main defensive apahal? Sedap-sedap leading..gi la bantai pakistan tu 2,3-o dulu..Adoiyai..Mane coach die? Gua nak bagi penampar jawa siket. Dah la gua terpaksa berasak-asak nak masuk stadium. Ces!!!

Ha..aku buat tag kau ni Hazirah oi..semoga kenyang selalu.

Nama Timangan
-Saiful-khas utk lecturer sahaja
-Epul- khas utk mak gua je, OK?jangan ngade2 nak gune
-Bulat- Ini name sebenar pemilik Honda CBN 7355
-Donut- Eh hazirah!!kau pulak yang meleleh air liur??Cover2 la siket!

Anda seorang yang..
Comel
Pandai Menggoda
Sexy
(Hati hati bila berkawan dengan saya)...."sambil berbisik di telinga anda"


Insan teristimewa,describekan mengapa dia terlalu istimewa..
kawan Ameng. Dia selalu naik basikal. Sambil melalak. AAaa AAaaa AAAaaaa AAaaaa!!!
Baru nih..Paly dan Juan nampak budak basikal tu lalu depan rumah sambil pakai spek kuning....kacak weh!!
Itu kes hari sabtu. Hari ahad gua nampak dia pakai subang sambil jalan-jalan macam nyah jual bontot. Adoiyai...Ameng!!!!GI JAGE KAWAN KO!!!

Kenape terlalu istimewa?
Perlu ke gua jawab soalan ini?Pegi la tanye nabil. Dia asyik suruh orang pikir sendiri je. Dia bagi question tak nak pikirkan sendiri...Naseb baik Irma tue ex gf gua yang tak dirampas. Kalo tak mesti gua dah kenselkan nama dia awal-awal dalam pencalonan idola donut 2009.


Lagu kesukaan yang dilayan sekarang..
Jap gua check I-Tunes gua. Top Recently played.......
-Mati Hidup Kembali-Buttercup
-Life in Technicolor II-Coldplay
-Mad- Neyo
Kantoi gua layan hip hop. Takper2. Blog gua still indie.



Makanan Kesukaan
Sila refer jawapan Hazirah.



Warna kesukaan
-Pink
-Oren
-Hijau Muda
wah...warna-warna muda. Ini kalau pipiyapong tahu gua pakai macam ni, mesti dia jeles dengan jiwa muda gua.



3 benda wajib dalam beg
Walaupon gua bergelar engineer skarang ni, gua tetap bawak beg nike budak skolah gua yang rabak sikit2 akibat ekside moto dan juga penggunaan kasar ameng. Dalam beg tu akan ade laptop, pen dan namecard. kadang-kadang je ader suar jean levi's siam.



Kali terakhir anda menangis dan kenapa
Sewaktu Mesia kalah ngan Pakistan...tragiskan gua?
X lah..gua mane ada air mata utk di tangisi
Kenape?Sebab gua wolverine


Kawan yang digemari (baca : untuk ditag)
-bean jinai : dIa punye lagak lain macam sikit.Tengok je la name blog dia...
-Darlene-lame tak msg aku bai..ape crite?asek2 NAB lu...
-Cikgu TESL ada

09 May 2009

Mini TT 2 door whore

Another TT . Details as per below.

Date: 8 May 2009
Time:5-7 pm
Location: Suzanne Indera Mahkota
Agenda: Crap talk, Speed talk, Projects etc.
Attendees:

Aiman
Donut
Jr
Wafiy
Keri
Azrul
Apiz-Neo Terengganu

This 29th, Terengganu Neo Club will come to Kuantan for a big TT session.
Also, keri's brother wed awaits for our free lunch. LOL!!


From left: Jr, Wafiy, Keri and Donut

Keri, Donut and Jr Cruises


Aiman, Apiz and Wafiy Cars (jazz=aiman's wife car)

07 May 2009

Gambar Henset Mak Saya

Ala..saje try entry publisiti murahan. Bukan henset mak saya pon. Henset saya yang murahan itu je. Tapi gambar dalam henset saya "tap tap tap" (bunyi marching kaki).....BAEK PUNYER!!

Adoiyai..ingat gambar awek bogel lah tuh. Takde pon, 3gp pon takde.Saya kan suci orangnya. Tak caya jom la date. Lalala~
Saya transfer lagu+pic from henset to laptop tadi. Skali tengok banyak gambar-gambar pelik wujud..itu tak masuk mende wow lagi..



Ini brader die bajet tempat duduk awam nih tilam air dia. Dah macam badak air saya tengok.


Saya bukan peminat politik yang tegar, tuan kedai ini yang tegar.


Ini kapal terbang nurkilan engineer. Kata Fiza dan Yda yang bajet saya akan impress . Lalala~


Food Paddle? Food Paddle my foot!! Lepas ke meeting ko bawak??



Yang ini paling best. Request dari seorang anak tea lady untuk subjek Kajian Tempatan . End up; store keeper yang kene carikkan. Siap ade Good Luck??Motif??

Anak Tea Lady: "Mak, tolong carikkan kere untuk adik"

Tea Lady:" Nanti mak gi memburu di belakang rumah ye."

Anak Tea Lady: "Tak perlu, internet kan mcm-mcm ada...mcm astro!"

p/s: Astro, sila bayar royalti publisiti sikit. Bil Astro free 3 bulan pon da cukup.

Ok..selamat bercuti everyone!!



04 May 2009

TT Kuantan Satria Neo Club



3o April 2009;
Aiman Carigali msg. "Hoi..TT malam neh. Taman Kerang yeh@ 9."


Malam tue, pegi ngan ameng. Saya malas la nak bukak cerita pasal ameng lagi sebab ader orang over excited bila dengar name dia. Bukan artis pon. Inikan pula superman. Eh..ape daa.
Berbalik kepada cerita; maka terjumpalah diorang di tempat yang dijanjikan. Tapi sikit je yang datang. Newbie ade la 2 orang. Sorang budak balok..sorang lagi saya tataw. Die Tak tegor pon. Tak kan saya nak pegi tegor die kot. Saya kan pemalu.
Orang lame yang datang;
1.Aiman
2.Jr
3.Amly
4.Sidi
5.Wafiy
6.Zul










Dan baru-baru ni jugak..pembubaran takhta SNC.com.
Dengar citer gaduh-gaduh dan masing-masing tak puas hati. Eh sampai bile da...
Lantak korang lah. Janji SNC East Coast masih kekalkan tradisi bersaudara.

KAMI TAK HOT;KAMI KEWL!!
Long live 2-doors whore!!

Kambing Hitam di Dalam Kelas V.2

Second entry untuk budak kelas BMM. Lame gile nak post smule crite neh.
Berbalik kepada title yang sebenar bagaimana wujudnya kambing hitam di dalam kelas.

Memang menjadi kebiasaan bagi makhluk2 kelas ini untuk ponteng kelas petang tak kira lah samada kelas thermodynamics mahupon eng math yang payah itu. Disebabkan lecturer yang mengajar agak tak ambil kesah pasal attendance; jadik berlakulah sain-sain hantu yang menjadi kegilaan makhluk-makhluk pemalas; termasuklah saya. Ye..saya agak pemalas..tapi Anuar Awang lagi pemalas. Dia study hanya untuk lulus dan grad on-time sahaja.

Bile gejala sain-sain hantu ini berleluasa dan merebak ke course yang lain, maka berlakulah satu fenomena kelas suam-suam kosong yang mengakibatkan lecturer naik "bengkerk" dan memasang niat untuk satu testing attendance.

Pada suatu kelas petang..setelah attendance list di distribute dan dikembalikan,En. lecturer telah mengambil list name dan memanggil sorang-sorang untuk cari hantu-hantu tersebut.
Ha..hambek kau!!kelas BMM..2-3 orang je yang datang...yang laen mane??

Lalu, berkatalah lecturer itu;
" Dalam kelas ini, ade kambing hitam!"
"Nanti kalo Saya jumpa kambing tue, saya wat tribute untuk black metal!"


Kalo korang handal lah..apekah yang akan berlaku kepada kambing hitam di dalam kelas itu?

02 May 2009

Bahana Beger Mc Donald


"Hello; assalamualaikum. Saya nak melaporkang kejadiang kemalangang eksideng neh".

"Waalaikumsalam..kat mane berlaku tue?"

"Kat batu sembilang..."

"Kat mane?"

"Batu Sembilang!!!"

"Sekali lagi..kat mane?"

"Kat batu pele!!!Bodo...la!!!"

..................


Eh..hyE!!pedulikan perbualan di atas..Dialog berikut tidak pernah dan jugak tak akan sesekali digunakan ketika kejadian berlaku.






Don't worry;Everyone save!!Syukur Alhamdulillah. Driver die pon kelihatan sangat steady dengan menyambung makan beger setelah eksiden terjadi. Ingatkan merah di baju driver adalah darah..
Owh No...bukan darah..dara pon bukan..Cuma sos cili doublecheese beger je..


So you guys out there...Don't Eat Mekdi and Drive!!