09 September 2009

Wish List Mr. Anderson

Dia merajuk baru nih. Buat-buat bunyi nyit-nyit. Jenuh gua memikir..Apahal dia merajuk macam awek tak dapat aiskrim. Sekali dia bagi hint dalam mimpi; kenapa dia merajuk. Owh..birthday dia dah nak sampai. Dah nak cukup setahun dah dia jadik kuda laut. Hurmp; Gua bangun-bangun je terus gua poskan entry ni, supaya dia sedar masih ada yang sayang.


Wahai Mr. Anderson; Ini yang akan "abg" bagi apabila birthday awk tiba.

1. Hidupkan Road Tax dan Insurance=RM1190.00




2. Tintedkan cermin mata dia=RM 150.00



3.Tukar hidung dia. Kasi lubang hidung nigga'=RM 350.00



4. Kasi pil viagra supaya lebih power= RM 150.00



5. Dan akhir sekali, tukar saluran kentut=RM 1400.00




Total expendixture=RM3240.00. Lawa nombor. Macam cilaka.


Maka dengan itu, bermulalah zaman kopak gua. Selamat tinggal "enjoyable".

24 August 2009

DO NOT TAILGATE

Ehem!Ehem!Assalamualaikum.

Bulan Puasa ni kena berbudi bahasa sikit. Bahasa tak bley main lepas macam kentut; Cakap tak boley banyak merapu; adegan kenching-mengenching kene sikit-sikit je. Ataupon tak payah buat langsung; lagi bagus!! Baru la rasa keberkatan Ramadhan.

First and Foremost, Gua Mintak Maaf atas segala kekasaran, kutukan, pukulan secara halus dan sebagainya kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam acara rapikan berganda sejak umur 5 Tahun nih! Gua cuma mengidamkan Ramadhan yang diberkati.

Lastly, Kepada driver-driver koner tiruk, kaki pancung dan cucuk angin di luar sana; Sila buat reminder di cermin rambut anda; DO NOT TAILGATE!

Kata orang; malang tidak berbau. Kentut gua je yang berbau.ala.. siket je la~.Apa-apa pon; berhati-hati semasa memandu dan....SELAMAT BERAMAH!









09 August 2009

Tak Pergi Beromen-Satria Neo Crews

Gua tak pergi beromen. Gua pergi mandi air terjun Sg. Panching je. Ini semua sebab Speck. Dia paksa gua; kalau gua tak datang dia cakap nak ratah pusat gua. Ntah bahagian mane la yang sedap kat pusat gua tu. Tahik pusat kot??Lantak lu la speck.

Tapi yang gua hangin neh, kenape calling gua pagi-pagi buta suruh siap-siap? Bila gua sampai..tengok brape kerat je manusia yang mematuhi sifat menetapi masa mcm gua nih ada di situ. Haih..lepas tu kena tunggu diorang sampai. Dari pukul 8.30..sampai ke pukul 12.00? Hmm..Nasib baik sabar gua setebal buku thermodynamic. Layankan je lah~Tapi next time, akan gua lebih berhati-hati dalam konvoi enjoy-enjoy neh. Takkan la sabar gua asek setebal buku thermo? Kadang-kadang jadik buku 555 jugak.


Ala, seperti babak-babak setended konvoi, lepas ambek gambo..ambek gambo lagi. Lepas tue, amek lagi. Lagi-dan lagi. Gua fed up; gua buat aksi terbang-terbang yang baru dipelajari dari ustaz Amirul.


Hikmat Sepak Cine Jinjang!!

Shoot geng jantan.


Shoot geng aweks


The journey begins................






Sampai dah....Skali air suda cetek. Sebab ramai sangat yang kojol kat area nih.





Dan akhir sekali; untuk sesiapa yang inginkan mimpi yang indah.



"Ah..jangan kau apa-apakan ku..Aku malu lagi Suci.."


06 August 2009

Wenger Panggil Suruh Gua jadik Coach

Amcam? Ada Bran?Bean ke...Blind ke...Izreena ke..Amcam?

yahoo fantasy football

# Group ID#: 8929

# Group Name: liga kuantan

pass..kuktem



fantasy premier league
id: 898809-183700

04 August 2009

Kisah Bekas Pensil Hijau

Gua ada sorang kawan. Nama dia Huda. Suka menyamar menjadi Batwife ataupun Ultrawife.
Time sekolah rendah dulu, kawan gua sorang nih banyak kali mengalami peristiwa pelik. Hampir setiap hari; dia ni tukang memerhati kejadian, mentaaluk peristiwa dan mengambil cerita untuk dijadikkan bahan sembang di kala petang. Mengumpat la katakan..eceh! Terkejam pulak ayat. Bukan ngumpat pon; saja je gua tambah-tambah bagi sedap.

Huda ada seorang kawan. Nama dia ape eh Huda?Aku tak hengat!!!AHMAD ape eh??

Ahmad nih time kecik-kecik dulu memang tak hensem. Tak ramai gadis-gadis sekolah time tue yang jatuh cinta kat dia. Walaupon gua tak hensem jugak; Gua dulu ketua kelas. Tiap-tiap hari gua terima hadiah dari awek-awek kelas sendiri dan kelas sebelah sebagai tanda kasih sayang mereka. Tapi sampai sekarang gua tak mengerti kenapa gua asek dapat pemadam...pembaris..dan pisau 10 sen tu. Apesal yeh?Ape time kecik-kecik dah pandai bribe-bribe ke?

Namun begitu, Ahmad ada satu bakat yang sangat istimewa. Dia pandai bertarung. Bukan yang bertumbuk-terajang tue; tapi betarung secara ilusi. Ahmad mempunyai banyak bekas pensil. Bekas pensil panda; bekas pensil besi bertingkat, bekas pensil geometri tue..dan lain-lain. Tapi yang confirm bukan bekas pensil kotak VHS. Sebab kotak pensil jenis tue popular time gua Form 2 and 3. Boley print gambar Christina Aguilera yang sexy dan masukkan sebagai cover kotak pensil VHS. Lepas tue kene koyak ngan cikgu disiplin. Selalunya macam tu lah.

Berbalik kepada cerita Ahmad; setiap bekas pensil ahmad ada ditampalkan sticker superhero. Dalam banyak-banyak bekas pensil dia; bekas pensil plastik hijau adalah yang paling hero sekali. Hampir setiap perlawanan dengan bekas pensil hijau; juaranya sudah dapat ditentukan. Sebab?Gua pon tak tahu. Huda tak cerita. Dia cakap atas sebab peribadi.

Sewaktu perlawanan bekas pensil tu, Ahmad memang cukup popular. Kalah populariti gua sebagai ketua kelas. Setelah Ahmad abes makan time rehat, Dia cepat-cepat masuk kelas untuk pertarungan. Dia punya follower, macam geng kapak dalam citer kung fu hustle. Ramai gila. macam gi tengok wrestling pon ada. Walaupun perlawanan bekas pensil berlangsung setiap hari; tak semestinya bekas pensil hijau Ahmad akan beraksi. Tapi jika bekas pensil Hijau beraksi, suda confirm-confirm pemenangnye boley ditentukan.

Sape?

Bekas Pensil Hijau tu lah....kan gua dah cakap tadi.!

Sekarang nih, Ahmad dah berubah. Dah takder bekas pensil hijau. Dah takder follower geng kapak. Dia jugak dah jadik Hensem macam Ashraf Sinclair. Huda cakap lah. Gua tatau. Tapi kalau dah Ahmad macam Ashraf Sinclair..Gua ape?Haiya..takkan Benzel Washington kot...Bagi la yang putih-putih sikit.....Atttuuuiiiii!!!

27 July 2009

Kembali

Hah!!!Ingt Blind Sorang bley buat I'm back bawak lestik??
hEH!! Gua kembali...bawak story-story yang lebih sakit jiwa!lebih tarik daripada biasa!

Semenjak pemergian gua dalam arena rapikan blog sendiri-sendiri neh, gua sebenarnya bukan kering idea mahupun takde mood nak tulis, cuma gua terpaksa berkorban untuk bangsa dan negara. Biasalah, gua kan Batman. Walaupun gua Batman, Ustaz Amirul tetap menjadi pojaan!

Awal bulan ni, gua terpaksa ligat otak menyiapkan tender yang menyusahkan. Dalam banyak-banyak tender penah gua melibatkan diri, yang ni paling leceh. Ngade2 macam budak kecik mintak mainan. Gua rasa anak sedara gua pon tak sengade tender neh.. Tapi apa-apa pon, gua bertindak bijak. Bagi tender yang menyusahkan dan takder allowance pon kalau dapat job neh, awal-awal lagi gua quote harga macam haram. Kerja 10 hari, gua quote 600 ribu. Bos gua bukan nak kata apa pon, dia hepi je tengok duit besar-besar neh. Padahal, gua dah atur stratergi utk "TAK NAK" job neh. Hahaha..Padan Muka!!!!Smoga tak dapat!!!

Minggu berikutnya, gua pegi Melaka. Pegi ayat Client supaya dapat project kat sana. Nak tak nak, gua terpaksa meng"ayat" jugak. Ekceli, tak terpaksa pon..pasal..Job neh gua nak!! Ikut lah celah mane pon; gua nak jugak job neh!!!Project Besar; Allowance pon chantekk; Job pon kejap je!!Yang penting...lepas insurance+road tax mr. anderson gua bln 10 neh. Amcam? stratergi gua boley bawak perang tak?
Hah!!Tapi; bila gua quote harga lebih kurang; bos gua bising. PONG PANG PONG PANG berleter.Eh ape daa...job tak sampai 1o hari nak quote sampai 1 mil. Gila??Gua lawan-lawan secara halus...last-last dia agreed ngan price gua. HAHAHAHA!!!Itu pon gua dak make up sket dah. Senyap-senyap gua tepon Client gua, gua cakap harga bley nego punye. Heehehe~mati la kalau bos gua find out neh.

Minggu ke berikutnya, Gua ke KERTEH. Bukan jumpa Blind. Rumah dia pon gua tak tahu kat celah mane. Yang gua tengok, Plant je banyak..Hohoho. Ape rumah lu celah PPT ke?ehehe.....
Sambung crite. Gua pegi masuk project gua handle sebelum nih. Ala, kat kilang plastik tengik tue. Kali ni, gua jadik Batman. gua kerja 8.00 mlm sampai 8.00 pg. Memang waktu kerja batman. Sminggu jugak lah gua jadik Batman. Kesan dari jadik batman..sampai skarang gua terbangun pukul 3 pagi.

Ari senin minggu neh, gua cuti. Gua pagi-pagi tue tak sehat. Tapi selepas topek ajak makan McD; gua sehat macam badang. Petang tue, gua shopping barang-barang keperluan. seperti kasut sexy, suar sexy, boxer sexy, hahahaa. Apahal sexy? Eh..suka hati gua la. ehehe..Gua ingat nak upload picture..tapi tak nak lah!!nanti korang bising tak sexy plak. Cess~

Esok gua ada appointment ngan si gadis cantik kat acrylic. Hahahaha~Tolong lah percaya.

12 July 2009

Mintak Maaf

Sorry. Tersangat Busy. Mungkin Pak Jib pon jeles tengok kebusyan saya.
Babai

30 June 2009

Saya Pergi California in Summer

Tajuk kencheng lagi...err..tak tak...lebey kepada perumpamaan!!

Apahal lah panas sangat Melaka nih. Apa dalam tanah di melaka ni penuh dengan Bijik Timah ke?Dah macam desert in california dah. Kalau dessert OK gak. ceS!!Ces!!CES!! Bulan lepas gua ke Melaka. Tanpa memikirkan masa depan dan poket yang semakin kempis, bermulalah cerita KAMI.

Hari jumaat malam, gua, Wiwie dan Si Emo siap-siap packing barang terus bertolak. Belum sampai gambang, dah lapar bagai nak gila. Masing-masing perut main lagu metalicca "Enter Sandman". Dalam otak nasi goreng terngiang-ngiang. Jalan depan sikit, teringat kedai makan hujung minggu time ngaji kat UMP dulu. Kedai Shell geng-geng ni panggil. Pasalnya, kedai tu sebelah Shell(ni budak UMP tahu la. Kalau tak tahu, boleh da slow-slow berhenti blaja kat UMP).

Nasib baik kedai makan tue sebelah Shell! Kalau kedai makan sebelah tandas awam, ader possibility x ianya dipanggil Kedai Makan Tandas Awam??
..............................................

Berbalik pada cerita, selepas makan perjalanan diteruskan ke Muar. Tempat persinggahan dan rumah penginapan percuma. Terima Kasih akak Wiwie. Tidak ada cerita seram mahupun lucu berlaku di sepanjang perjalanan. Tidak kelihatan Nenek Tua yang ingin menumpang ataupun Orang gila berbogel tidur di tepi jalan.

Sabtu, selepas breakfast..kami bersiap menuju ke Alor Gajah. Destinasi pertama:-A famosa Waterworld.


Owh..lupe nak promote. Ini kereta Wiwie. Kereta dia Laju dan Jimat Minyak.
Ok. da promote. Sambung balik citer A famosa. Ah, pastue macam biasa lah. Beratur beli tiket...Usha-usha awek..tarik belalai gajah..dan lain-lain.


Selepas registration, pigi main air lah.


Sila rujuk gambar beranak panah utk melihat aktivit kami.

Main air macam orang afrika tak jumpe air. Habis semua gua rasa. Dari Slider yang free fall tue sampai kolam adik-adik blaja berenang.

So..untuk next visitor yang interested nak gi tempat ni; gua suggest y'all try ini lah:-
1. Free fall slider and his twin
2.Rafting
3.Sewa pelampung kuning tue, pi main slider yg macam rafting
4.Slider adik-adik.
5. Ngorat awek

Eh..no 5 tue buang lah bagi pasangan kapel2 yang datang nak ber"wet-wet".

Cost for entrance: Rm 40+ free lunch.
Yellow boat: RM15 kot. can't remember.
Important: Buy snacks and drinks b4 u enter A-famosa Waterworld. It's 'f to da ing' expensive. Buy outside!!

Rating for this trip
1:Poor 2: Boley lah 3: Ok 4: Nice lah.. 5: Mabelos

Cost for entrance: 3
Yellow boat: 4
Games: 5
No. of playground: 3
Foods: 1
Snacks&Drink: 1
Hot babes: 4

28 June 2009

Sementara ia MASEH donut

Di zaman kegawatan ekonomi ini, semua orang sanggup membuat apa saja untuk mengecapi nasi sepinggan, seluar jean LEVI, dan lain-lain. Termasuklah gua. Merasa tempias kegawatan ekonomi dari aspek enjoy-enjoy setiap bulan serta simpanan untuk majlis perkahwinan.

Hari ini, gua terfikir...apa kata gua tukarkan hobi blogging rapikan gua ini menjadi sesuatu yang menjana duit sampingan. RM 50 sebulan pon dah orait....!!

Survey di sini,

Memandangkan blog gua pon dah namanya DONUT, apa kata gua jual DONUT je guna blog ini?Apa cerita?Boley jalan tak korang rasa?Ada can dapat RM 50 sebulan tak?

24 June 2009

Bau Ketiak Awak Sangat Sedap

Baru-baru ini, ada seorang awek tegur gua.

"Hye awak!!Saya........................."(perbualan dirahsiakan atas sebab-sebab peribadi)

Tiba tiba, dia tanya gua;

"Awak, kenapa bau ketiak awak sangat sedap?Opps, maksud saya..Awak wangi lah!!"

Gua dengan selamba reply;

"Saya mandi bunga lah awak!"

Awek itu tiba-tiba terus pergi..meninggalkanku sendiri. Gua ada salah cakap ke?Lupakan aje lah.
Ape-ape pun, hari ini gua nak share lah kenapa gua wangi. Bukan sebab mandi bunga, bukan sebab kentut gua wangi. Ini entry gua nak cerita gua wangi pasal pakai minyak wangi.

More likely, to share with everyone where can I get less price perfume which actually the same as you can bought from perfume outlet nearby your house. It is not rejected, also it is not a fake one which you can get easily in Pasar Malam or FOS.It is originally come in box, smells good and most imporant is..pay less!

Reason? The seller said to me; she's the owner of Paris Hilton's perfume factory. And Carolina Herrera is her auntie. Hugo is under her leverage. Body Shop perfume is her mistake creation. I don't know. As long as I can get a perfume that i want with lower price, I OK je.

Here's the updated list. Antara yang ada kat dia skarang.





Price: RM155 nett#
Brand: BVLGARI Black















Price: RM 165 nett#
Brand: ESCADA Sentiment

















Price: RM130 nett
Brand:KENZO Flower

















Price: RM 165 nett#
Brand: DNKY Red Delecious Man

















Price: 170 nett#
Brand: Hugo Boss 6
















Barang siapa mahu, contact lah gua.
Emailkan hasrat anda di amiagdperson@yahoo.com.

16 June 2009

Cerita Gua Sebagai Opis Boy

Sebelum masuk matrix dulu, gua ada keje dulu. Buat part time jadik opis boy,peon, dan telephonist yang berjaya kat law firm in Temerloh. Apa nama firm tue eh? Ah...Zainul Rizal Taha Associate. Lebey kurang lah. Panjang gilak nama. Masa 1st day kerja, bos gua saja suruh test jadik telephonist.

"Selamat Pagi! Zainul Rizal Taha Associate...Boley saya bantu?"

Mak aih! Panjang gile nama kompeni!!Terbelit2 lidah gua macam 1st time sebut perkataan "antidistablishmentarianism".
Bos gua sengeh2 je. Dalam otak dia, confirm gua kene taji sikit2! "Beginner!!"
Tapi gua cool lah. Tak kot. Gua gelabah ekceli. Cilaka~Padahal panggilan telefon je.

Antara rutin gua kat firm tu adalah tukang buat surat rasmi,pakar photostate...ha!!
Gua dulu buta mesin photostate. First time gua sentuh mende alah tue time gua keje kat law firm ni lah. Slaloo gua photostate..gua serahkan aja ke awek kedai Bandar Pusat. Pandai-pandai lah dia. Gila dungu mesin photostate punya crita...

"Kak..macam mana nak photostate nih?"
"Ha...Ko baca Bismillah..jadik lah!"jawab akak kerani di situ.
"Bismillahirrahmanirrahim....Amin...Tak jadik pon kak!!"
------------------------------------

Selepas 3 hari kerja, bos gua ajak pekena roti canai ngan teh ais. Masa makan tue, bos gua ajak bincang pasal gaji. Gua time tue 1st job kan. Memang gua tak memilih.
"Ikut bos lah..saya terima seadanya". Ayat gua pasrah lagi suci.

Bos gua pon cakap,
"Ok, saya bagi awak rm27/day. keje 8.30 pagi till 5 petang. 5 hari full day. Sabtu half day. "

"OK boss!!"gua sengih panjang time tue. Kerja rilex. Pressure tadak. Oh..ada!!Photostate..gua kan dungu part-part photostate ni. Sampai skarang gua sangkut-sangkut je bile nak photostate IC. Thermodynamic lagi senang. Apahal ntah!

Masa kerja tue, gua stay kat umah Akak gua. Kenderaan gua pergi kerja:-SCOOTER.
Masa tahun 2004, skuter time tue memang tengah top. Asal nampak mat skuter jer..ramai la awek yang feeewitt. Gua pon tak ketinggalan di feewit. Biaselah..tengah kurus lagi. Hensem lah. sikiiiiit je dari skarang.huhu~
Padahal time tue skuter yang gua naik bukan mengancam abes pon. Kesnya, gua bantai skuter naza Abg ipar gua. Biase la skuter abah-abah...mesti ada lemari helmet kat belakang ngan alarm bank. Oh,tak lupa juga..ader remote starter. Yang nie canggih. Gua siap setat moto dari jauh. Kalau ade awek usha-usha skuter tue, gua bunyikkan alarm dia. Padan muka!! Gelabah~

Selama kerja part time tue, sempat la gua kumpul duit buat lesen moto-kete, blanje family akak gua pizza sebab bagi gua kemudahan penginapan,PS2, dan VCD sebakul.

Itu la cerita gua time tue. By the way..Ada soklan sikit kat sini.
Kenapa Mat Dispatch dipanggil Peon? Adakah Dispatch paling handal di Malaysia ini namanya Peon? Dari dulu gua try carik answer tentang persoalan ini

15 June 2009

Polis Tentry dan Kisah Kenapa Polis boley la pulak tak pakai Safety Belt

Bagi laki-laki, pempuan, tomboy, bapuk, gay dan lesbian yang sebaya, tua dan muda 2-3 tahun dari gua, Lu orang mesti masih hafal lagu "polis tentry".

Bagi badigol yang dah lupa. Ini lagu dia.
"Polis tentry, one two jaga.
Polis mati, pencuri jaga"
Betul ke lagu dia macam ni? Confirm?
Ke sepatutnya lagu dia macam neh?

"Polis Sentry, One two jaga.
"Polis mati, pencuri jaga"
Bagi lu orang yang menyanyi sedemikian sewaktu kecil, masih belum terlambat utk membetulkan anak-anak, adik-adik dan juga mungkin cucu-cucu lu orang.
Bak kata pepatah; "terlajak perahu boley diundur, terlajak kata dah takder gear reverse oi..sorry la jack!!"

Sepemergian gua baru-baru nih dalam acara cuti sambil belajar, gua da dapat tunjuk ajar dari seorang pengamal lagu-lagu klasik dan tradisional kanak-kanak dan dangdut melayu.
Berkatalah beliau dalam satu cerita di kala petang;

"Korang time kecik-kecik selalu merosakkan lagu klasik kanak-kanak. Modified sane, modified sini, tukar lirik, tambah perkataan yang tak masuk akal, dll."
Panjang gile membebel. Gua da rase getar tangan nak sepak.

"Kalau korang nak tahu, lagu polis sentry tue macam ni!", kata pengamal itu.
"Polis and Thief
One Two..Jaga!!
Polis Mati
Pencuri Jaga!"
Gua pelik jugak.
Time tue gua tak puas hati lah. Dah gua dulu ketua kelas yang selalu mengajar rakan-rakan menyanyi lagu tu. Tercabarlah krediabiliti gua.

"Tapi kenapa? Awat dia jadik Polis and Thief bang?" ujarku.

"Cube ko fikir, kalau polis tentry..dah confirm2 tentry tue takder dalam kamus b. Inggeris. Kalau sentry tu ader lah. Tapi taderk kaitan langsung dengan lagu!", jawab pengamal itu.

"Bukan dah betul ke polis sentry tu bang?" tanyaku.

"Salah! Manada polis sentry mati! Diorang asek tido aje!",!balasnya.

"Abes tue, baik kita tukar lagu tue macam ni bang!"jawabku.
"Polis Sentry
One Two JAGA!!
Polis Tido
Pencuri Jaga"
"Ikut suka hati kau lah!!Tapi yang betulnya adalah polis and thief", jawab pengamal sambil geram.

Sekian. Gua pon dah blur mane satu yang betul skarang nih.

p/s: Kenapa Polis boley tak pakai Seat Belt?

Jawapannya: Kerana ada dalam law book yang mengatakan diorang tak payah pon pakai. So jgn buat otai lah kalau ada kereta polis kat sebelah lu buat nganjing2 tarik-tarik safety belt. Sia-sia je usaha korang.

Terima Kasih Daun Keladi. Lain hari jumpa lagi.

13 June 2009

Picture of the Day

Gua ada fotopages. tapi memang tak aktif langsung. Macam beruang kutub berhibernisasi. Sebabnya, itu hanyalah album gua di internet. Ingat nak simpan banyak-banyak lagi. Tapi asek malas je nak upload. Biasa lah..internet macam kacang kuda kat UMP dulu. Skarang pon sama. Hanya Tuhan saja yang tahu. Itu pon, syukur Alhamdulillah..boley lagi bukak facebook. Ader chance la lagi nak mengumpat Huda di khalayak ramai. YM confirm tak dapek la chek!! Tengok clips Diversity kat Youtube pon macam tengok Abg Robot kat Teluk Chempedak.

Wah..panjangnya merapik. Ini semua kerja Jah. Selalu mengajak gua merapik tepi tingkap. Terbawak-bawak ke penulisan gua yang suci ini.

Back to story.................................

Ah. Tak payah la story. Boley?Malas la pulak.

04 June 2009

Cerita Lama part 2

Sambungan. Bukan sumbangan.

Lepas SPM, gua dapat matrix johor. First time gua menjelajah ke johor time tu. Excited laen macam. Tapi location je tak masyuk. Tangkak. Ader ke gua ditempatkan di bandar kain ini? Eh..ape muka gua ni ade macam mak-mak ke?
Masuk-masuk dia bagi kursus sains hayat. Time tue berangin da gua. Nasib baiklah boleh tukar course. masukla gua ke kursus Physical. Cek-cek nama..fullemek..Kuliah 1st bai!!agak pelik jugak lah..tapi gua suspek ini mesti kes geng-geng physic tak banyak yang english dapat A. Kalau diikutkan gua masuk sains hayat time tue, confirm gua kuliah corot. Time ni memang aim gua..jadik engineer. Engineer ape? gua masih blur.

Disebabkan gua bukan golongan bijak bestari pon..gua pon ditempatkan di Kolej Universiti selepas abes matrix. Itu pon da kira nasib. Kiranya, gua nih mangsa lelong sewaktu penempatan student kat universiti dulu lah. Kalau nak diikutkan gamble gua, first 3 choice je yang gua serious2 amek engineering course. Yang lain gua letak perkayuan, seni musik, pertanian, dll yang memang takder kaitan dengan minat dan cita-cita gua. Confident punya pasal..
Lesson learn:-Jangan confident macam Drogba.

Masa gua tahun 1,2 dan 3..gua tak pernah membayangkan bagaimana engineer itu beraksi. Tidak kira di ranjang mahupun di luar gelanggang. Masuk tahun 4, gua buat 1 lagi cita-cita pelik. Gua nak jadik SOUND ENGINEER. Ader jugak lah time nak mintak praktikal tue gua try2 kat Pan Global Music..tapi no answer. Hampir 100 application gua hantar termasuk surat dan email. Namun hampir semua gagal. Biasa lah.. pointer gua memang setended budak nak grad awal dengan cukup-cukup makan je. Sendiri paham lah~

Last-last, 1 company singapore (Surbana International Pte Ltd) offer gua as intern diorang. Dalam kepala gua, takkan gua nak jadik M&E engineer? Mana kemahuan gua selama ini?Buat jeruk kelubi?Nak tak nak..layan je lah! Dah yang tue je gua rasa terbaik selain kilang tahik felda(fertilizer), kilang sawit sekitar jengka serta kilang kicap. Gua time tue target kilang kicap je kalau nak senang. Tapi nak gempak..hoi..gi intern kat singapore lah!!Dah dia bayar gua pakai sing dollar...

Lagi 2 minggu nak gi intern, gua dapat panggilan dari Ministry of Manpower Singapore. Diorang inform gua, work application gua dibatalkan atas alasan yang gua tak bley nak terima. Cilaka~. Padahal, company tue siap ambik intern dari indonesia, philiphine, thailand, dan negara asean yang lain. Gua dengar jepun pon dia ambik. Tapi, Apahal Malaysia tak boley?Apahal??

Time tue, gua dah getar perut. Mana gua nak carik tempat praktikal??
1.Gua tepon felda semula. Diorang cakap ader kosong lagi. Gua accept by mulut.
2.Gua contact CME(Company buat Kereta Bomba). Gua accept jugak by mulut.
3. Gua contact Along gua merayu ambik gua as intern dia. Gua accept jugak..accepting that he will not giving me any help.

Haiiyaa!!!

Kita terjumpa di part 3!

Cerita Lama Part 1

Masa setended skool dulu..cita-cita gua amat murni. Nak jadik ustaz.Tapi bila dah besar, bukan gua yang jadik ustaz. Tapi idola gua; Ustaz Amirul yang "baik punye" tu. Tapi baru-baru ni gua dikejutkan dengan Ustaz Amirul gua berlakon jadik nyah. Apahal??Eh Tuan Direktor! Ko gi Ubah cerita skarang!!

Itu cita-cita no.1. Kan ade 13 cita-cita yang perlu diisi kan dalam borang kaji selidik budak sekolah. Itu tak masuk nak jadik angkasawan, journalist, cikgu bahasa melayu, pemilik loji tahi, Peniaga emas, Detektif persendirian dan lain-lain. Tapi yang last tue..gua confirm letak ENGINEER. Apahal ntah. Padahal dulu memang tak sebulu ngan Along gua. Sebab tue tak nak jadik engineer.

Time secondary skool..gua pindah sekolah bandar. Sekolah Samad Petaling Jaya. Sekolah yang tak pernah berjaya merosakkan gua. Ye lah, gua kan kebal dari Culture shock nih. Masa secondary pon kene isi jugak cita-cita tu dalam buku kaji selidik pelajar. Time tu, gua dah berubah dari segi perspektif pandangan masa hadapan. Ye lah..Bak kata orang..gua ini diibaratkan melakukan "Anjakan Paradigma di Loncatan Saujana". Wah..Kemas sungguh BM gua. Ader can lagi nak jadik Cikgu Bahasa Melayu ni.

Seingat gua, cita-cita no.1 gua nak jadik weapon designer. Time tu gua memang suka counter-stike. Ape lagi cita-cita yang sesuai bagi gua yang fanatik ni. Cita-cita gua yang lain masih sikit-sikit kekal seperti journalist, pemilik loji tahi dan sebagainya. Yang berubah pon mungkin sebab gua tambah subject Biologi time form 4..terpaksalah gua letak Doktor Haiwan. Masa form 4, Biologi gua memang steady. Pejam mata pon gua rasa boley jawab lagi. Yang last skali mestilah Engineer..tapi bau-bau engineer time tue memang jauh la. Siap gua cakap kat mak gua..gua akan rawat dia bila dia sakit nanti.

Tapi bila dah form 5, gua dah start malas...asek-asek ponteng kelas biologi gi main basketball, gi cyber cafe dan juga mengorat awek kelas sebelah, terus jem! Subject biologi itu mengibaratkan gua macam bebal abes.

Tapi..(eh..tapi lagi..)cikgu fizik gua membawa gua ke jalan yang benar kembali. Mrs. Hema name dia. Muka macam Kajol. Paham-paham lah...Mesti la fokus dalam kelas. Gua yang tak layan hindustan pon boley terusha-usha cerita kabi kushyi kabhi gham..Har har har! Suatu hari dia cakap kat gua.."If you don't like biology..I suggest you to concentrate on physics and get a good result for this subject. You can choose a path to become an engineer...."

Mata gua tiba-tiba bersinar. Pastue, kirim salam je la buku biology, tempat lu kat dalam laci meja . Maka..bermulalah era subject physic "pah ceroh". Sampai member gua tanya kumpulan darah A sesuai untuk darah apa pon gua boley cakap ikut velocity darah tu.

Terror tak terror, Horror tak horror..result fizik gua cantek. Senyum panjang Pn. Kajol gua. Ye lah..result fizik bagi kelas 5A time tue cantik je semua. Cikgu mana yang tak hepi kan?Tapi cikgu Biologi..lain pulak cerita dia. Awal-awal dia dah carik gua kat tempat ambik result SPM time tue. Nasib baik informer gua bagitau time tue. Kalau tak, makan la setengah jam kene bebel sebab gua sorang je parasit yang rosakkan result biologi kelas dia time tuh.Harharhar!!Sorry la cikgu. Bukan salah saya. Salah awek kelas sebelah. Salah basketball. Dan salah Counterstrike tue cikgu. Mende-mende inilah yang merubah dan mencorak hidup saya.

Bukan Salah Cikgu tau!!Walaupun rupa cikgu agak mengingatkan saya kepada cikgu BI time skolah rendah. Scary maa...

To be continue!

02 June 2009

TE...........TEK


Tag Dari Cik Bell

Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini.

1) seorang engineer wanita
2) sukakan music berserabut seperti SOAD
3)pandai memikat
4)cukup sifat
5)mempunyai adik yang suka kat gay. Betul tak fakta ini?

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sndiri sebelum memilih

1) suka memasak
2) suka gardening
3) suka sedut slurpee sampai Brainfreeze
4) sedang mencari kerja baru
5) sedang memikirkan perlukah ke Melaka hujung minggu ini
6) sedang mencari bakal isteri~(huhuhu..yang ini tak boley blah)
7) masih dalam usaha mengurangkan berat badan
8) masih tidak berkemampuan membeli bodykit r3
9) masih tertunggu-tunggu panggilan ke Dubai
10) nanti dlm komen tolong isikan point ini..please!!


Anda perlu memilih 10 penerima award dan describe tentang mereka

1.Nak tag Paly..dia dah kene tag ini
2.Nak tag Juan..dah kene jugak
3.Nak tag nabilah..dia yang tag saya
4.Nak tag Bean..dia tak layan tag. Dia sumpah seranah adalah. Huhuhu~
5.Nak tag Ijat..dia memang dah kene tag aku tgk...
6.Nak tag Sey Hi...dia dah kene gak
7.Nak tag SJD team..diorang jual sparepart je..mane layan tag.
8.Nak tag Mr. Blind..dia memang haktuih mende-mende pink. Dia kan Amy Search Kerteh.
9.Nak tag Amir...dia sibuk
10. Tag Wahab lah!!Wahab..gi buat la..kalo rajen.

01 June 2009

Blog Menyanyi

Donut
No.10 Taman Sg Karang Mesra
26100 Kuantan
Pahang Darul Makmur


Bloggers
Unidentified Flushing Object
Taman Floating Smelly
192.168.0.17
World Wide web

You All,
Gua agak suka blog-blog yang menyanyi sendiri neh.

Tapi.......



Apahal IDM gua asek pop up je!?? Gua baru ada semangat nak baca-baca tulisan, maki hamun, sumpahan, serta ayat-ayat penunduk wanita..tetiba pop!!backstreet boy.mp3...pop!!!jonas brothers.mp3.pop skali lagi....gua tekan je butang pangkah kat atas tuh. Rasekan!!Sape suruh gatal-gatal letak lagu tapi tak structured betul2..Dah lu orang rugi...gua tak boley tambah komen-komen (Kalo Mr. Blind dia tulis romen-romen nih) kat entry lu.

Gua taw gua rugi sikit dari segenap aspek..tapi Ada aku Kesah? Cak cak cak cak cak cak cak cak!!.....Petuiiiiiinggg...kelepek!!(slipar melekat kat kepala Rusnah.) Iye lah...mesti la kepala dia..gua tak terlibat secara langsung ataupon tidak langsung dalam hal mereka. Gua awal-awal dah buat announcement gune mikropon tentang betapa antidistablishmentarianism gua utk siri merapik Si spek besar Azuwan-Tertonggeng-Ditolak Cinta-Zieana.

Kepada yang terasa..Maaf, saya amat suci dan jujur orangnya. Silalah betulkan coding anda ataupon fikirkan cara yang lebih baik. Saya suka blog menyanyi. Tapi tak suka blog keluar pop pop "pah ceroh". Ape??buang IDM saya?no way!!mcm mane saya nak donlod lagu Yuna dan Liyana Jasmay awek saya tue?

Sekian. Terima Kasih.


Yang benar,

Donut

29 May 2009

Tag dari Ijat. Akibat "kejayaan" M.U.

Kekasih saya adalah: Liyana Jasmay..or..Martina..Sigh~(thinking)

2. Saya sedang mendengar: Straightjacket Feeling - All American Reject

3. Mungkin saya patut: Quit my current job

4. Saya baru sudah: went for Juma'at Prayer

5. Beza rakan, sahabat dan kawan: Shouldn't all these vocs falls under 1 eng. word so call F.R.I.E.N.D.?

6. Saya Tidak Faham: Why My Boss still not increase my pay

7. Saya perlu mencari: Life.

8. Ayat terakhir yg dikatakan kepada saya : "It should not be 40K"

9. Makna hidup?: Peace. Love. Care and Concern

10. Cinta itu?: My Soul recognition from its counterpoint to another

11. Saya paling suka: Gardening. Cooking. Racing. Playing Guitar. Biting

12. Saya akan cuba: seek a new job.

13. Mengapa rakyat malaysia suke menggunakan LAH di akhir ayat mereka: Where got Malaysian. It the Sings always used LAH.

14. Telefon bimbit sy: Always hang and restart couple of times. Perhaps; I-Phone is the best solution??

15. Katil saya: Black in color, Very confortable for singles like me.

16.Soalan yg bagi sy tidak perlu ditanya: Why I am so fat

17. Teknologi adalah: transition of old ways. Revolutionaries of ideas. Gift from ALLAH SWT.

18.Bagaimana saya masak makanan yg saya pandai masak?: I have to create a new entry if I have to answer this quest.

19. Semalam: Plan for a "lepaking" with BASF manager. Cancelled due to Awie wants to install SURBO in his Neo.

20. Hari ini: Once again Sing's Shit argue about the price. Hey, it is F to the ing expensive.

21. Malam ini saya akan: Going to KL. Seeking for life.

22. Esok pula saya akan: go to IKEA, then KLANG, then meeting with friends in S.A

23. Saya betul2 inginkan: a new job.

24 Badminton atau futsal: futsal.

25 Karaoke: Almost quit due to "SoundBox"-a guy who always lead us for a karaoke session has not actively singing anymore.

26 Makanan jepun adalah: Sushi and Wasabi. That's all I know.

27 Bilik yg terang arau gelap.: Dark

28 Ayat terakhir yg nk anda ckp kt seseorg: Thank you.

29 kereta: Satria Neo

30 saya nk tag: FNA. new racer in my blog. **Aadi Updated!

27 May 2009

Entry utk PokPih dan Huda

Kepada peminat Man Utd ini, ketahuilah bahawa Abdul Do lu dah boleh masuk Hollywood. Gua rasa lepas ini dia dah boley gantikan Tom Cruise mahupun Jack Black. Mungkin juga boleh digunakan sebagai pembantu watak utam filem Gerak Khas The Movie 18.

Seperti yang dijanjikan dan juga sempena "kejayaan" semalam, aku paparkan wajah lu kat blog gua. Present ikhlas dari hujung lubuk hati gua.


"Hye! Saya tak nak pon amek gambar..Awek tue yang nak bergambar sangat."


Dan juga kepada kepada peminat Chelsea ini, gua agak musykil dengan statement lu ini. Tolong jelaskan.



22 May 2009

HARI PETANG INTAN YANG SPORTING

Blog Bersawang lagi. Lepas ni dah boley tukar nama blog kepada "the blog bersawang story". Takder lagi "thedonutstory". Tapi..takbley. Nanti Hazirah Lapar..Kay sengsara...Amir hilang arah..Darlene asek sms...tak nak lah susahkan orang. Kan?

Last weekend.. berada di Seremban. Along saya kenduri. Dia naik pangkat lagi. Ntah kipas jenis ape la dia anginkan bos besar tue..Mungkin cap Sanyo kot? Tapi yang penting, sekarang taraf dia dah setanding Ayah Pin. Eh..betul lah... Bos atas dia dulu name Arifin. We all semua panggil Ayah Pin. Ayah pin jaga branch lain lah pulak. So..Along naik jadik taiko. Juga, kemunculan Cik Martina ke majlis tersebut. Huhu~

Berbalik kepada Title Entry, Intan yang sporting. Kengkadang dia berpura-pura tak sporting. Ntah kenape lah..mungkin atas alasan peribadi. Selalunye saya takkan berjaya mengaburi intan ntuk fillin the blank games. Dia selalu menepis godaan saya. Ces!!Tapi hari ini saya BERJAYA!!!
Huhu~ingat ape..saya tak terror ke part-part menggoda nih?Hui...dah blajar ngan Paly lah!

amiagdperson : assalamualaikum....
amiagdperson : wah..bagusnya i di hari jumaat nih....huhuhu~
intan suzila : mcm hepy je
intan suzila : wslm
amiagdperson : erm...hepi?ye la..esok kan cuti
amiagdperson : huhuhu~
intan suzila : erkk tu je
amiagdperson : huhu~ader lagi.
amiagdperson : ari ni tkder keje
amiagdperson : so...i mcm pengganggur tak terhormat hari ni
intan suzila: wahh
intan suzila : sy tumpang gumbira
amiagdperson: erm...terima kasih
amiagdperson: mari raikan dengan daun saderiamiagdperson : lalala~
intan suzila : ape yg penting??amiagdperson : KERJA..SAMA!!

Skip2!!!

Berikut adalah Fillin the Blank Pop Trivia.
amiagdperson : my dream guy have these character
intan suzila : 1. ade career 2. educated 3. solat 4. fmly dia best(leh get alonog) 5.penyabar
intan suzila : xckup 5 laaaaaaa

(amaran..sila bertanya kepada tuan pnye badan ape dia alonong. Bukan along yang pasti!)
sebab tak cukup..tambah la lagi.

amiagdperson : wah..
amiagdperson : ok
amiagdperson : jap tambah ehamiagdperson : 6.
amiagdperson : 7.amiagdperson : 8.
amiagdperson : 9.amiagdperson : 10.
amiagdperson : 5000.
amiagdperson : ha...isi lah
intan suzila : perli ke hape

...........................................................................................................................

intan suzila : 6. xhodoh 7.xberlagak 8. sgt suke membelai hahhahah 9. xkedekot 10... xtaw

Ok..Pop trivia akan disambung kalau rajin..

15 May 2009

Tag dari Hazirah. Gua taw dia kenyang bile Dia bace blog gua.

Huh...bersawang lagi. Ini angkara travian, open pod air intake, ccfl, f1 warning lamp dan juga gua tengah sedey dan down. Sorry, hari ini mood macam hippopotamus kesusahan sampai membahasakan diri sebagai gua.

1.Travian
Gua ketua samseng kampung skarang. Tinggal masa nak gi serang kampung sebelah je. Hoi kampung sebelah, ini bukan lawak king..ini ancaman baek punye..OK?

2.Open pod air intake
Ini yang gua malas ni. Baru nih..mr. Anderson mintak hadiah ke 10,000 km safe ridehour dengan tanpa defect dr proton. Dia punya ngade-ngade, gua try takeover 3 buah lori di bypass, dia buat-buat slow. Eh..gua dah bagi lu SURBO baru nih..ape lagi lu nak. Nak angin lebih? Lu angin lebey..gua yang berhangin perut nanti hujung bulan sebab belikan lu adiah.

3. CCFL dan F1 warning lamp.
Ini gua yang nak. baru Neo gua macam BMW Sauber. Lalala~

4. Sedey+Down
Ini yang malas cerita. Orang happy go lucky macam gua terpaksa sedey dan down macam dengar lagu "Alif dah kurus". Eh ape da...yang pegi main defensive apahal? Sedap-sedap leading..gi la bantai pakistan tu 2,3-o dulu..Adoiyai..Mane coach die? Gua nak bagi penampar jawa siket. Dah la gua terpaksa berasak-asak nak masuk stadium. Ces!!!

Ha..aku buat tag kau ni Hazirah oi..semoga kenyang selalu.

Nama Timangan
-Saiful-khas utk lecturer sahaja
-Epul- khas utk mak gua je, OK?jangan ngade2 nak gune
-Bulat- Ini name sebenar pemilik Honda CBN 7355
-Donut- Eh hazirah!!kau pulak yang meleleh air liur??Cover2 la siket!

Anda seorang yang..
Comel
Pandai Menggoda
Sexy
(Hati hati bila berkawan dengan saya)...."sambil berbisik di telinga anda"


Insan teristimewa,describekan mengapa dia terlalu istimewa..
kawan Ameng. Dia selalu naik basikal. Sambil melalak. AAaa AAaaa AAAaaaa AAaaaa!!!
Baru nih..Paly dan Juan nampak budak basikal tu lalu depan rumah sambil pakai spek kuning....kacak weh!!
Itu kes hari sabtu. Hari ahad gua nampak dia pakai subang sambil jalan-jalan macam nyah jual bontot. Adoiyai...Ameng!!!!GI JAGE KAWAN KO!!!

Kenape terlalu istimewa?
Perlu ke gua jawab soalan ini?Pegi la tanye nabil. Dia asyik suruh orang pikir sendiri je. Dia bagi question tak nak pikirkan sendiri...Naseb baik Irma tue ex gf gua yang tak dirampas. Kalo tak mesti gua dah kenselkan nama dia awal-awal dalam pencalonan idola donut 2009.


Lagu kesukaan yang dilayan sekarang..
Jap gua check I-Tunes gua. Top Recently played.......
-Mati Hidup Kembali-Buttercup
-Life in Technicolor II-Coldplay
-Mad- Neyo
Kantoi gua layan hip hop. Takper2. Blog gua still indie.



Makanan Kesukaan
Sila refer jawapan Hazirah.



Warna kesukaan
-Pink
-Oren
-Hijau Muda
wah...warna-warna muda. Ini kalau pipiyapong tahu gua pakai macam ni, mesti dia jeles dengan jiwa muda gua.



3 benda wajib dalam beg
Walaupon gua bergelar engineer skarang ni, gua tetap bawak beg nike budak skolah gua yang rabak sikit2 akibat ekside moto dan juga penggunaan kasar ameng. Dalam beg tu akan ade laptop, pen dan namecard. kadang-kadang je ader suar jean levi's siam.



Kali terakhir anda menangis dan kenapa
Sewaktu Mesia kalah ngan Pakistan...tragiskan gua?
X lah..gua mane ada air mata utk di tangisi
Kenape?Sebab gua wolverine


Kawan yang digemari (baca : untuk ditag)
-bean jinai : dIa punye lagak lain macam sikit.Tengok je la name blog dia...
-Darlene-lame tak msg aku bai..ape crite?asek2 NAB lu...
-Cikgu TESL ada

09 May 2009

Mini TT 2 door whore

Another TT . Details as per below.

Date: 8 May 2009
Time:5-7 pm
Location: Suzanne Indera Mahkota
Agenda: Crap talk, Speed talk, Projects etc.
Attendees:

Aiman
Donut
Jr
Wafiy
Keri
Azrul
Apiz-Neo Terengganu

This 29th, Terengganu Neo Club will come to Kuantan for a big TT session.
Also, keri's brother wed awaits for our free lunch. LOL!!


From left: Jr, Wafiy, Keri and Donut

Keri, Donut and Jr Cruises


Aiman, Apiz and Wafiy Cars (jazz=aiman's wife car)

07 May 2009

Gambar Henset Mak Saya

Ala..saje try entry publisiti murahan. Bukan henset mak saya pon. Henset saya yang murahan itu je. Tapi gambar dalam henset saya "tap tap tap" (bunyi marching kaki).....BAEK PUNYER!!

Adoiyai..ingat gambar awek bogel lah tuh. Takde pon, 3gp pon takde.Saya kan suci orangnya. Tak caya jom la date. Lalala~
Saya transfer lagu+pic from henset to laptop tadi. Skali tengok banyak gambar-gambar pelik wujud..itu tak masuk mende wow lagi..



Ini brader die bajet tempat duduk awam nih tilam air dia. Dah macam badak air saya tengok.


Saya bukan peminat politik yang tegar, tuan kedai ini yang tegar.


Ini kapal terbang nurkilan engineer. Kata Fiza dan Yda yang bajet saya akan impress . Lalala~


Food Paddle? Food Paddle my foot!! Lepas ke meeting ko bawak??



Yang ini paling best. Request dari seorang anak tea lady untuk subjek Kajian Tempatan . End up; store keeper yang kene carikkan. Siap ade Good Luck??Motif??

Anak Tea Lady: "Mak, tolong carikkan kere untuk adik"

Tea Lady:" Nanti mak gi memburu di belakang rumah ye."

Anak Tea Lady: "Tak perlu, internet kan mcm-mcm ada...mcm astro!"

p/s: Astro, sila bayar royalti publisiti sikit. Bil Astro free 3 bulan pon da cukup.

Ok..selamat bercuti everyone!!



04 May 2009

TT Kuantan Satria Neo Club



3o April 2009;
Aiman Carigali msg. "Hoi..TT malam neh. Taman Kerang yeh@ 9."


Malam tue, pegi ngan ameng. Saya malas la nak bukak cerita pasal ameng lagi sebab ader orang over excited bila dengar name dia. Bukan artis pon. Inikan pula superman. Eh..ape daa.
Berbalik kepada cerita; maka terjumpalah diorang di tempat yang dijanjikan. Tapi sikit je yang datang. Newbie ade la 2 orang. Sorang budak balok..sorang lagi saya tataw. Die Tak tegor pon. Tak kan saya nak pegi tegor die kot. Saya kan pemalu.
Orang lame yang datang;
1.Aiman
2.Jr
3.Amly
4.Sidi
5.Wafiy
6.Zul










Dan baru-baru ni jugak..pembubaran takhta SNC.com.
Dengar citer gaduh-gaduh dan masing-masing tak puas hati. Eh sampai bile da...
Lantak korang lah. Janji SNC East Coast masih kekalkan tradisi bersaudara.

KAMI TAK HOT;KAMI KEWL!!
Long live 2-doors whore!!